Isnin, 24 Julai 2017

Review: Lotus Mole Cream Organic Hana. Menghapuskan Kutil dan Tahi Lalat di Muka

Kutil eeee!! Yup! Kutil saya ni dah berkurun lama bertapak di muka dannnnn saya takdalah ada usaha untuk mengubatinya sebabbb hahahah orang ingat kutil kat muka saya ni adalah tahi lalat. Whatt!! Bukan je kat muka kat tapak kaki pun ada dan ni memang dah lama sehingga akar kutil tu dah mencengkam jauhh kedalam kulit tapak kaki tu.hahaha ewwww. Tetapi di tahun 2017 saya telah memulakan langkah untuk mengubati kutil di muka dan tapak kaki ni itu pun sebab adik saya ada beli ubat kutil jadi saya pinjam lahh bukan dia nak pakai sebotol tu. hehehe. Dan percubaan saya berjaya. Ya berjaya. Terus hilang SELEPAS melalui proses yang memedihkan. Kutil di tapak kaki ambil masa sikit lebih kurang 3 minggu ya sebab kutil tu memang telah mencengkam dengan akarnya yang kuat hahahah.Tapi wehhh pedih wehhh. Sakit. Jalan pun susah. Tapi yang pedih tu baru syok baru thrillll baru rasa macam berkesan. Itu bagi sayalah..😁. Kutil kat muka lak dalam masa seminggu lebih ja dah tertanggal. Ubat kutil ni dia sekalikan dengan Vitamin E tapi tak guna pun sebab saya ada krim vitamin saya sendiri hhehe jadi guna yang saya punya je. Vitamin E tu di sapu lepas kutil tu tertanggal. Saya sapu kat muka ja kat tapak kaki tak payah lah. Bukan ada orang nak 'belek' pun. Ubat ni akan tinggalkan kesan macam burn macam tu di tempat kutil tu jadi akan nampak kehitaman.Oleh sebab tu pakai betul betul kat tempat bermasalah tu. Jangan bagi kena kat area lain. Bahaya wooo. Produk ni dia ada bagi lidi hahah tapi saya pakai cotton bud ja.Overall.. produk Lotus Mole Cream ni memang berkesan.