Isnin, 24 Julai 2017

Review: Lotus Mole Cream Organic Hana. Menghapuskan Kutil dan Tahi Lalat di Muka

Kutil eeee!! Yup! Kutil saya ni dah berkurun lama bertapak di muka dannnnn saya takdalah ada usaha untuk mengubatinya sebabbb hahahah orang ingat kutil kat muka saya ni adalah tahi lalat. Whatt!! Bukan je kat muka kat tapak kaki pun ada dan ni memang dah lama sehingga akar kutil tu dah mencengkam jauhh kedalam kulit tapak kaki tu.hahaha ewwww. Tetapi di tahun 2017 saya telah memulakan langkah untuk mengubati kutil di muka dan tapak kaki ni itu pun sebab adik saya ada beli ubat kutil jadi saya pinjam lahh bukan dia nak pakai sebotol tu. hehehe. Dan percubaan saya berjaya. Ya berjaya. Terus hilang SELEPAS melalui proses yang memedihkan. Kutil di tapak kaki ambil masa sikit lebih kurang 3 minggu ya sebab kutil tu memang telah mencengkam dengan akarnya yang kuat hahahah.Tapi wehhh pedih wehhh. Sakit. Jalan pun susah. Tapi yang pedih tu baru syok baru thrillll baru rasa macam berkesan. Itu bagi sayalah..😁. Kutil kat muka lak dalam masa seminggu lebih ja dah tertanggal. Ubat kutil ni dia sekalikan dengan Vitamin E tapi tak guna pun sebab saya ada krim vitamin saya sendiri hhehe jadi guna yang saya punya je. Vitamin E tu di sapu lepas kutil tu tertanggal. Saya sapu kat muka ja kat tapak kaki tak payah lah. Bukan ada orang nak 'belek' pun. Ubat ni akan tinggalkan kesan macam burn macam tu di tempat kutil tu jadi akan nampak kehitaman.Oleh sebab tu pakai betul betul kat tempat bermasalah tu. Jangan bagi kena kat area lain. Bahaya wooo. Produk ni dia ada bagi lidi hahah tapi saya pakai cotton bud ja.Overall.. produk Lotus Mole Cream ni memang berkesan.



                                                  OrganicHANA Lotus Mole Cream


                                  Selain kutil boleh hilangkan tahi lalat,biji lemak tu dan skin tag



                                                                  Ni cara cara guna.



Okey bai

Follow Me on Instagram πŸ˜ƒ Klik Link Di Bawah



14 ulasan:

Dariana berkata...

hi, awak, berkesan tak produk ni ? saya cari produk utk hilangkan mole.

Syafiqah Al berkata...

Hai Dariana, bagi saya produk ni berkesan untuk hilangkan mole. Tapi guna dengan berhati-hati jika mole berada di kawasan muka. Sebab produk ni ada rasa pedih,burning sensation. pastikan guna produk di mole tu sahaja. Dan ikut arahan produk.Dulu time beli produk ni dia ada sertakan dengan krim vitamin e, lepas dah tanggal sapu vit e di kawasan mole tu.

Dariana berkata...

where i can buy this product? sebotol brp?

Syafiqah Al berkata...

Saya rasa produk ni cuma dijual melalui online sahaja boleh cari di instagram atau facebook. Harga produk tu plus vit e RM70

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak kalau saya nak tahu lepas mole tu dah hilang dia tumbuh balik tak ? Maksud saya adakah dia memang cabut mole tu dari akar ? Especially for mole yang hidup

Syafiqah Al berkata...

Hai.yang tu saya tak sure saya tak pernah letak produk ni d area mole, tapi berdasarkan pengalaman saya produk ni sgt kuat dan perlu digunakan dgn berhati2. Produk ni tak boleh bawa tidur. Ltk dalam masa 45 minit sahaja lps tu cuci.

Tanpa Nama berkata...

Elok produk ni. Berkesan tol untuk tahi lalat.

Syafiqah Al berkata...

Terima kasih komen

Unknown berkata...

Mcmana nak beli..boleh wassap terus saya ok 0139955446

Tanpa Nama berkata...

Hai..nak tanye..kalau parut chicken pox boleh tak pakai?

Aina Mardhiah berkata...

Hii , saya wonder kalau flat moles boleh hilang ke dgn produk ni? saya ada few flat moles kat bahagian muka

Unknown berkata...

Saya dah pernah guna produk tuu.Mmng baguslah tapi ada sekali tuu saya guna dan ia terkena pada kulit lain. Sakitt yaa amat. Terbakar terukk.Muka dah jadi buruk. Asyik kene gelak je. Jadi di sini saya ingin nasihat,kalau nak letak dekat muka tuu, berhati-hatilah ye. Sekian dari saya ☺️✨

Zila berkata...

saya beli organic hana utk hilangkan bintil kolesterol kat kelopak mata..mmg hilang bintil tu..adik saya ada mole besar atas di lurah atas bibir, lepas guna organic hana, mole tu twrtanggal secara semulajadi dan slps 3 minggu hilang terus tak nmpk kesan.skrg dah 3 tahun, tiada tanda2 mole tu tumbuh balik..licin dan cantik..masalahnya skrg ni ramai yg cari,susah nk dapat dah. kat shopee brand organic hana tapi barang nya lain sakan..tak jadi pun

Hub berkata...

Saya pernah guna krim tu..dekat tahi lalat rata.. sebab seller kata boleh guna jugak…after 1 week or 2 hilangg dahh…lama2 kesan oun hilang… TAPII. TAHI LALAT TU TUMBUH BALIKKKK😭😭😭😭😭😭😭😭😭 dah 3 kali sapuu STILL TUMBUHHH BALIKKKK😭😭😭😭😭😭😭