Jumaat, 25 Ogos 2017

My Lipsticks Collection

Hai!
Lipstick ataupun gincu adalah benda yang paling di gemari oleh semua wanita wanita dan gincu adalah perkara asas yang mesti di miliki oleh wanita. Yeke? . So kali ni saya mahu perlihatkan antara koleksi gincu dan lipbalm yang saya miliki sehingga ke hari ni dan koleksi ini pastinya akan tetap bertambah tambah di masa akan datang.Huahuahua..what a nerd introduction

SOooooo Let's begin..

Elianto



Ni antara koleksi dari Elianto. Murah dan senang nak cari. Tapi gincu yang the best adalah tu Brilliant Riche Lip Colour tu. Matte betullll.. Weh dahlah murahhh. Warna pun jadi cantikkk. So sapa nak lipstick matte berkualiti tp murah boleh lahhhh beli yang ni.



Golden Rose




Seterusnyaaaa, ni gincu gincu dari Golden Rose. OMG serius best juga.. Murah pun murahh dan berkualiti. Yang ni adik saya beli kat Penang tak da kat Terengganu ni. Tapi sekarang dia dah habis belajar tak dapat nak kirim lagi.. Sedihhhh.Dahlah best..

Silky Girl



Silky Girl yup famous, berkualiti dan senang nak cari. murahhhh pula tu. Cari je kat farmasi cam Guardian Watsons mesti ada. Farmasi kecik kecik pun ada jual benda ni. Maksudnya apa?.Maksudnya gincu ni selamat digunakan kat bibir.

The Balm
Meet Matt(e) Hughes Lipstick by The Balm. Ni sangat best wangi peppermint. Sedap macam mau di makan ja. Colour dia lak intense habis. Susah nak hilang.Kalau nak keluar makan makan ngan bf ke  atau ngan kengkawan tapi malas nak touch up balik boleh lah beli yang ni.. hehehehe. Tapi yang ni tak murah lah. Set kecil lipstick yang ada 5 tu harga dia RM100++ tapi berbaloi lahhh. Lipstick ni boleh beli kat SASA kalau saya kat KT ni kenaa lah g merantau kat Kerteh tu kalau nak beli benda ni. Sigh..

Sephora
 Lipstick jenama Sephora. Yaang ni saya tak berapa gemar memakainyaaa hahaha kenapa? ntahlah. Tapi tu lahhh belinya bukan main lagi. SIGH. Harganya pun bukannya murahh. Baik beli jenama lain yang lebih baik. hahahhahaa. Mungkin sebab saya suka gi Sephora kot saya beli ni .. Ntah apa2. Lain kali saya tak nak beli lagi. Iyelahh tu..

Sephora
Tapiiii kalau Sephora yang Wonderful Cushion Matte lip Creammm niii, this is the besttt, Terbaikkk..Hahahha.. Dia punya applicatorr bestt pegi lah try di kedai Sephora berdekatan. Kalau saya yang berdekatan kat KL je lahhh. SIGH. Baru je cakap taknak beli, beli yang jenis yang ni ja..

NYX
Okey yang ni lipstick NYX yang meletup letup kecuali yang kat hujung hitam tu ja lahhh. Sampai ada jual fake lagi hihihi memang femes betul nih. Tapi NYX adalah barang yang paling murah kat Sephora tu berbanding jenama lain. Taklah sampai 50 ringgit. Kalau gi Sephora mesti section ni je yang penuh. Tempat lain krik krik skit. Hahahahaha. Sememangnya lipstick ni sangat best, wangiii, lembut kat bibir pulak tuuu.. Bestttt. This soft matte lip cream is a must buy item. NYX yang hitam tu pakai beberapa kali je, tak sebest matte lip cream tu. Okey next.

NYX Lip Primer
Ni lip primer jenama NYX saja nak try, tapi perlukah try sampai dua. Lip primer ni fungsinya bila kita pakai lipstick colour lipstick tu akan lebihhh pop. Yelah bukan semua orang bibir dia merah berseri. Macam sayalah, ada hitam2 atas bibir tu boleh lahhh pakai nii. Pastu pakai lipstick. Tapi sebenarnya boleh je pakai foundation ataupun concealer. hahahha tapi saja nak try. Hasilnyaa BOLEHLAHH..

M.A.C
Gincu femes MAC. Saya beli sebab ramai orang beli.. Sifat ingin mencuba tu selalu membuak buak dalam diri. Tapi please kenapa cuba sampai beli 4 ketul. Seketul ntah mana hilang. Ala biasa biasa ja pun. Tak payah beli pun tak pa hahahhaaha.Dammit. Tapi mungkin saya akan beli jenis lain. Tak mboh jenis ni dah.

Nudestix
Wehhhhh ni serius best wehh.Packaging dia pun lawa. Dalam tin gitu siap ngan sharpener.Matte. Lembut kat bibir buttttt expensive,RM92.Cis. Dahlah tersalah beli colour. Nampak tak colour tamed tu tak berapa nak pakai sebab bila saya pakai nampak pucat. Double cis. Sebab kelam kabut dah nak balik ganu pastu tetiba amek colour salah lak. Yup saya akan beli lagi yang ni.

Dari kiri: Jenama SASA Koji (3pieces), SUGAR(2p),IN2IT(1p),NIVEA(3p),Mentholatum(3p),TARTE(1p),DAISO(1p)

Seterusnya...

Melted by Too Faced- teknik fotografi sila praktis lagi
Aha. Ini memang cool saya minat packaging dia mudahhh.Senang nak sapu kat bibir tak comot. Saya beli colour Fig yang ungu gelap tu dan colour Nude. Harganya RM90. Beli kat Sephora.

ZAWARA Glam Gelato Lipstick Cream
Ini bukan watercolour okeyy.. Harga RM39. Hahahahahhahahhaha masalahnya kenapa packaging dia ni. Habis kepala tercabut cabut nanti orang ingat saya pakai watercolour lak. Emmm biasa ja lah. Weh dahlah kepala tecabut gitu harga mahal juga tu baik saya beli NYX tu lagi murah
😅😅. Sekali lagi perlukah beli sampai 3. Cis

Random lipsticks: Etude House, Cathy Dolls, Urban Decay, Simply Siti, JannaLawwa BadColorLip,Moonshot,CyberColor,MarcJacob,Guerlain,IN2IT,Maybelline,Artdeco,WetnWild
Okey ni gincu gincu yang jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarang saya guna. hahahhaha.


My Fevret: Dari kiri:Nudestix in Purity, Golden Rose Matte Lipstick Crayon code 04, Meet Matte Hughe in Commited, Meltedby Too Faced in Fig,Tarte Lip Butter in Tulip




Akhirnya daripada yang banyak banyak tu 5 je feveret.hoi.kepala kau jambul.

From Left : Purity by Nudestix, GoldenRose 04, Meet Matte Hughes Commited, Melted in Fig dan last Tarte Lip Butter in Tulip


Storage
This is where i keep all my lippesetik. hahaha.Yang kat laci bawah sekali tu bukan lipstick okay tu tempat saya simpan primer dan concealer yang saiz kecik kecik. Koleksi ni pastinya akan terus berkembang maju kerna gincu adalah sesuatu yang sangat best untuk dibeli dan dicuba dan ginculah yang akan nampak kita lagi berseri dan cantik nak nak dipadankan dengan baju atau mekap korang, Tapi bila lipstick tu tak sesuai dengan bibir kita tu tak yah lah pakai lagi buang terus ..hihhih kang terbakar bibir.

Ok Bai.



Follow Me On Instagram 😃 Klik Link Di Bawah











Tiada ulasan: