Assalammualaikum dan Hai hai hai...
Lama tak menaip sebab sibuk sangat kebelakangan ni dan ditambah dengan masalah internet. lulz.
Kali ni saya nak share pengalaman saya mengikuti program Jom Kurus 1 Malaysia anjuran Kevin Zahri tahun lalu 2017.
Mesti korang pernah dengar pasal program Jom Kurus ni kan. Program ni memang popular dalam kalangan orang yang nak kuruskan badan macam saya. HIhihi. Program ni pun saya ikut sebab adik saya minta saya teman. Sebab Team Leader/Coach untuk Kuala Terengganu tu kawan adik saya. Jadi saya ikut je lah. Sebelum masuk tu kenalah bayar yuran dulu. Yuran RM250 seorang jadi dua orang bayar RM500. Saya pilih untuk bayar secara online.
Program Jom Kurus ni berlangsung selama 6 minggu. (tapi tak habis pun ikut sampai 6 minggu sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan). Secara menyeluruh yang saya boleh katakan, program ni sangat berbaloi untuk sesiapa yang berminat kuruskan badan. Memang Jadi kalau ikut cakap coach. hihi.
Bila dah bayar dapat email ni. O yea perempuan sahaja. |