Khamis, 18 Oktober 2018

Pengalaman: Mengikuti Program Jom Kurus 1 Malaysia Anjuran Kevin Zahri

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Lama tak menaip sebab sibuk sangat kebelakangan ni dan ditambah dengan masalah internet. lulz.

Kali ni saya nak share pengalaman saya mengikuti program Jom Kurus 1 Malaysia anjuran Kevin Zahri tahun lalu 2017.

Mesti korang pernah dengar pasal program Jom Kurus ni kan. Program ni memang popular dalam kalangan orang yang nak kuruskan badan macam saya. HIhihi. Program ni pun saya ikut sebab adik saya minta saya teman. Sebab Team Leader/Coach untuk Kuala Terengganu tu kawan adik saya. Jadi saya ikut je lah. Sebelum masuk tu kenalah bayar yuran dulu. Yuran RM250 seorang jadi dua orang bayar RM500. Saya pilih untuk bayar secara online.

Program Jom Kurus ni berlangsung selama 6 minggu. (tapi tak habis pun ikut sampai 6 minggu sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan). Secara menyeluruh yang saya boleh katakan, program ni sangat berbaloi untuk sesiapa yang berminat kuruskan badan. Memang Jadi kalau ikut cakap coach. hihi.

Bila dah bayar dapat email ni. O yea perempuan sahaja.




Pada minggu pertama tu, ada sesi perjumpaan untuk kali pertama. Berkenalan antara peserta-peserta Jom Kurus. Pastu ada sesi timbangan untuk kali pertama. Berat saya Minggu pertama tu 67kg.Hahahhaha Overweight dahh. Pada minggu pertama tu juga coach ada bagi cadangan hidangan dan resipi yang boleh diamalkan selama 6 minggu. Bagus tak coach kami. Hihihi. BTW Jom Kurus yang saya ikut ni semuanya adalah peserta perempuan. Yayy. Jadi takda lah risau nak melompat lompat menari-nari. Sebab semua perempuan. Itu buat saya rasa selesa.

Timbangan selama 3 minggu. Berat permulaan adalah 67kg.



Jadual aktiviti selama 6 minggu juga sudah dibuat oleh coach. Jadi kita boleh tengok apa aktiviti yang kita akan lakukan ada zumba, ada dodgeball,main angkat tayar. Seminggu 2 kali sahaja perjumpaan dan aktiviti. Isnin malam dan Sabtu pagi. Diet pula adalah diet secara kalori. Jadi setiap kali saya makan mesti kira kalori berapa. Hihi takut tersasar dari kalori yang sepatutnya saya ambil.
Sebelum ni pun saya amalkan juga exercise di rumah tapi makan tak jaga. Bila saya ikut program ni diet pemakanan saya jaga,exercise pun saya jaga. Tapi takdalah sampai exercise hari-hari. Cheat day saya biasa hari Sabtu. hihi. Sebab hari Isnin ada timbangan, Kalau ada peserta yang tak turun berat badan Habislah... Kena denda. Burpees 100 kali. Memang azab lah nak habiskan 100 kali tu. hihi.

Selepas Minggu 1 turun 1.3kg. hihi. Sekarang dah kurus sikit dari ni. hahaha


Bagi saya program macam ni memang berbaloi sebab kalau kita buat sendiri, diet sendiri tanpa pengawasan memang kita buat sambil lewa. Lagipun bila kita dapat tengok peserta lain yang semangatnya lagi tinggi dari kita, kita pun jadi lebih termotivasi. Banyak ilmu dan tips tips yang boleh kita dapat dan amalkan. Apa yang penting ketika mengikuti program Jom Kurus ni adalah Sabarrr. Kita mesti sentiasa bersabar tawakal. Pasti ada masa-masa yang kita rasa nak putus asa. Kenapalah aku join Program ni. hihihi. Tapi itu hanyalah sekadar nafsu yang nak makan makanan sedap-sedap berlemak. hihi. Kuruslah untuk diri sendiri dan kesihatan diri sendiri. Sesiapa yang nak ikut program ni bolehlah tengok-tengok kat page Kevin Zahri. Program ni ada banyak sesi. Saya Sesi 9. Setiap kawasan dalam negeri pun ada Team Leader masing-masing. Program ni nak pupuk kita makan secara sihat untuk long term. Bukan setakat dalam Program Jom Kurus je kawal makan dan exercise tapi bila dah habis program pun kita kawal makan dan exercise.

Azam saya adalah taknak lagi jadi budak overweight hihi. Marilah kita bersama sama kurus demi kesihatan bersama.

*Taip ni dalam keadaan kelam kabut maaf kalau ayat tak tersusun. Ni pun nak outstation untuk beberapa hari.

Boleh Komen di bawah kalau nak tanya apa-apa soalan.

Ok bai.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Online Casino Site ᐈ Best Bonus Offers at Lucky Club
Lucky Club offers all the best online casino bonuses and free spins on any site. luckyclub Find out what are the latest offers and free spins at Lucky Club online casino.