Rabu, 7 November 2018

Review: Safi Lidah Buaya dan Hiruscar Post Acne

Assalammualaikum dan hai hai hai..

Happy November everyone.. hahaha Saya tak tahu macam mana nak buat pembukaan yang tak cringy hihi. Okay sambung ke isi sebenar. 

Selepas beberapa lama dah mencuba Hiruscar tu akhirnya saya menemui jalan buntu. Saya tak tahu lah makin hari pakai makin tak sesuai (keluar jerawat dan whitehead) so saya berhenti pakai Hiruscar tu dan cuba pakai Safi Lidah Buaya yang warna hijau tu. Saya beli satu set. Okey. Saya nak beli sebab baca review yang best-best lepas dorang guna safi hijau tu. Jadi saya pergi belilah. Lagipun tujuan dalam hati memang nak cari skincare yang mampu milik dan SESUAI dengan saya. 



Macam biasa mula-mula pakai okey. Saya pun gembira melihat hasilnya. Tapi tak lama lepastu jerawat dan whitehead mulai naik.Mula-mula saya tak endahkan. Dah hampir tiga minggu saya guna ,hasilnya begitu juga, malah jerawat naik makin banyak. Jerawat tu asyik tumbuh di area dagu (yang paling banyak). Jadi nak tak nak kena berhenti juga. haaaaaaaahhhh*mengeluh*. I mean why?! Kenapa kalau orang lain okay je, Kalau saya ada je tak kena. Bila saya pakai safi hijau tu yang saya perasan parut lama-lama mulai pudar. Tapi apa gunanya parut mulai pudar tapi jerawat baru mulai naik dan nanti akan tinggalkan parut yang lain dan nanti akan menambahkan lagi kesan-kesan jerawat kat muka saya yang memang dah banyak ni. Hahahahaha okey. 

Jadi saya cari balik Jannalawwa saya. Hihihi. Saya rasa baru beberapa minggu (ni baru hampir 2 minggu) saya guna balik JannaLawwa saya tu. Day Cream,Ibu Putih,acne killer serum dan Ice Cream Soap muka dah mulai bersih sikit. Mak saya pun tegur. "Eh muka kau haritu macam naik-naik jerawat ni sudah okey pula."Saya jawablah "Oh aku pakai Jannalawwa balik haritu aku pakai safi.''. Mak cakap tak yahlah tukar lagi dah okey dah dengan JannaLawwa . Yup. 

Saya tu cuba nak cari skincare drugstores sebab senang nak cari dan murah. Bukan saja-saja nak tukar-tukar. Lagipun banyak testimoni dan review review lain yang dah berjaya. Tapi bukan untuk saya. Kesiannn. Jadi pakai balik produk Jannalawwa. hihi. Mungkin lain kali saya post pasal Jannalawwa pula.

K bai.
Dah baca post ni baca post saya yang lain juga.😊😊

*Apa yang disampaikan dan dinyatakan adalah apa yang dialami oleh kulit saya sendiri. Masing-masing mempunyai jenis kulit dan reaksi yang berbeza. Dan ini bukan review yang berbayar.


Thank You For Reading My Blog. Keep Reading For More Upcoming Original Content. 😂 Original Content hihi 


Tiada ulasan: