Rabu, 23 Januari 2019

Happy 2019 dan Pertama Kali Guna Derma Roller Untuk Parut Berlubang

Assalammualaikum dan Hai hai haii...


Dah lama tak update blog.hihi nak dekat 2 bulan dah ni. Azam baru kalau boleh nak update blog setiap bulan. hihihhi kengkonon je. tengok malas.

Selamat tahun baru!!Sempat lagi ucap ni. Sebab masih di bulan Januari. Terima kasih sebab dah baca blog saya sepanjang tahun lepas, Walaupun blog saya takdelah banyak pos macam blog-blog yang lain. Tapi harapnya pengalaman-pengalaman yang saya share sedikit sebanyak boleh membantu.hihi.

So, di tahun baru ni saya nak cuba perkara baru. Apa itu..?? Jeng jeng jeng...

Dermaroller by Sally Daughter.  Sebelum ni banyak juga saya dah search pasal derma roller ni. Banyak testimoni best-best. Orang luar negara pun banyak guna derma roller ni. Boleh search di Youtube.

Dermaroller ni sejenis alat yang ada jarum-jarum kecil. Pastu kita roll je kat muka. Jarumnya pula ada banyak saiz, dari yang paling pendek ada yang panjang ikut masalah kulit kita.

Time saya scroll-scroll kat instagram. Saya ternampak iklan Sally Daughter ni. Testimoni dia hebat-hebat, terutamnaya testimoni untuk parut berlubang. Tengok testimoni tu ada yang sekali roll dah okey ada yang 4 kali roll baru okey. Yela kulit berbeza ada yang cepat ada yang lambat. Ada yang sesuai ada yang tak sesuai,

Disebabkan mudah terpengaruh dengan testimoni yanggg pergghhh memang hebat, terutama part yang boleh hilangkan parut berlubang tu. Saya orderlah dua set. Satu untuk saya satu untuk adik saya. Yelah baru best tengok keberkesanannya. (Adik saya testimoni untuk Cosmoderm hahaha). Dia dah takde jerawat, yang tinggal cuma parut berlubang yang banyak. Orang yang masih ada masalah jerawat yang banyak tak leh guna. Kalau sikit-sikit tu boleh kot. Cuma jangan je roll kat area yang tumbuh jerawat tu. 

So saya wasapp lah akak penjual tu. Time nak order tu, kakak tu suruh gambar muka dulu. Nak tengok maslah kulit, dan saiz jarum yang sesuai yang digunakan. Keputusannya, saya dan adik saya pakai saiz jarum yang sama, 1.5mm.

Dalam satu set tu ada:

  1. Serum EVOE Vitamin C With Caviar RM25
  2. Ubat Kebas Numb Cream by J.Cain (Repack) RM30
  3. Dermaroller D'heal by Sally Daughter 2.0 RM45

Satu set RM100, Dua Set RM200 lah tak termasuk postage. Postagenya pula RM11 sebab guna plastik besar.

Ni dah First roll ni adalah rasa perbezaan dia


  • Muka rasa kurang berminyak
  • Pori tertutup siiiikitt
  • Ni dah lebih seminggu whitehead saya berkurang. Biasanya whitehead saya tu banyak je tumbuh di tepi muka walaupun dah pergi spa. hahaha 
Roll ni dinasihatkan 2 minggu sekali supaya kulit boleh melalui proses pemulihan terlebih dahulu sebelum roll untuk yang seterusnya. Kalau nak roll dengan kerap kenalah tanya penjual tu dulu.

Saya akan update penggunaan dermaroller ni untuk beberapa kali penggunaan pula. Yelah kalau setiap kali roll setiap kali update nanti orang bosan pula. Hahahhah. Manatau juga lepas dah banyak kali roll muka jadi okey, parut-parut berlubang jadi kurang kelihatan disebabkan penghasilan kolagen berlaku selepas menge'roll' . Manatau kan.


Kat bawah ni video youtube adik saya first time guna derma roller. Boleh lah tengok macam mana dia buat hahaha. Pastu boleh subscribe kalau nak tengok perkembangan adik saya guna derma roller ni. Nama Channel : Sakeenah AL




Keep Reading my blog. Thank you for your support.
ok bai.

2 ulasan:

Red Rose B. berkata...

hi sis.. nak tnya.. 1st roll hari tu muka tumbuh jerwat kecil merah tak?

WAWA_110595 berkata...

Hi, saya rasa mungkin awak punya mosturiser/serum tak sesuai dgn kulit. Ataupun kulit terlampau kering, sebab lepas buat dermaroller, kulit kena sentiasa lembap dan kena pakai sunblok ketika keluar rumah.