Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan

Rabu, 6 Januari 2021

Fenomena Jerawat Maskne, Papulex Sebagai Penyelamat

 Assalamualaikum dan hai hai hai

Sebelum memulakan bicara ahh gitu terima kasih sebab masih sudi baca blog saya walaupun yaa walaupun terlalu lama nak buat konten baru. Yala buat blog suka-suka saja hahaha. Kalau ada orang sudi baca ya Alhamdulillah kalau tak da takapalah. Sedihhhh betul. Blog ni juga bagi melatih cara penulisan saya, yela cita-cita nak jadi penulis hahaha tapi tu lah lambeett lagi.

Ok mula..

Rasanya memang takdir kot kena tukar-tukar skincare, padahal saya dah yakin dah yang Eucerin Pro Acne tu boleh mengurangkan jerawat,  memudarkan parut, tak payah lagi nak fikir nak beli skincare apa tapi tu lah kena juga cari lain. EEeeeeeentahlahh.

  

Sejak PKP yang lalu, semua orang diwajibkan pakai Mask. Sejak dari tulahhh. Sehari dua okeylah lagi tapi kalau dah hari-hari keluar rumah pakai topeng, muka tekurung,dengan berpeluhnya. Muka dah start breakout sikit-sikit.  

Bermula dari dagu, dari seketul jerawat jadi dua ketul pastu melarat kat tepi muka, Tapi yang paling teruk dekat area dagu lah. Saya putuskan memang dah tak boleh teruskan pakai Eucerin ni,Sebab dah tak membantu, Makin merebak.Memang kena cari pencuci muka lain ni.

Papulex ni adik saya yang cadangkan untuk cuba, sebab kawan dia pernah pakai produk ni dan menjadi. Hello!! Terus beli okey tanpa berlengah-lengah lagi. Beli di Shopee saja, boleh survey harga murah harga mahal, yang mana cepat pos yang mana lambat pos, ikut pilihan hati nak yang mana satu. Lagipun waktu macam ni susah nak pergi survey barang kat kedai. Masuk kedai pun kena limited, berapa orang  je boleh masuk memang malas nak bebaris-baris.

Nak dekat seminggu sampai lah barang.

Bila dah sampai terus pakailah , tak payah tunggu esok. Bila pakai tu rasa bersihh muka, betulll. Dalam hati ahhhh ini lah ni. Memang helok.

Barisan Produk Papulex, Screenshot dekat lamanweb dorang ja, Boleh tengok kat website dorang banyak info berkenaan produk Papulex.


Buat kali pertama saya pakai pencuci muka saja dulu.  Selepas dua minggu pakai Pencuci muka sahaja, muka pun dah mula okey, jerawat pun dah tak bertambah.  Saya order pencuci muka dan pelembap muka Papulex pula. Memang okey terbaik. Terbaik. Produk Eucerin tu saya dah tak pakai dah. Membazir saja beli satu set. Hahahaha.


Ah ni krim muka Papulex, Oil Free Cream


Nampak ke tidak, Ingredients untuk krim ni. Salah satu nya ada niacinamide, yang bagus untuk jerawat. "Saya tahu pun sebab lepas tengok video tiktok doktor-doktor dermotologist''.  


Saya pakai Papulex ni dari bulan 4/2020 sampai sekarang. Jerawat tak merebak. Cepat kecut. EEEeee memang okeylah. Papulex ni ada juga krim khas untuk jerawat tapi saya tak beli lah, sebab dua produk ni pun dah okey.

 

 

 Kesimpulan dari pencuci/pelembap muka Papulex

-Sangat sesuai dengan muka saya,muka saya jadi tak berminyak tapi tak terlalu kering. Faham tak , macam stabill je, balance gitu.

-Harganya lebih kurang 50+ atau ke atas tapi sangat berbaloi sebab tahan lama.

-Pencuci muka dan krim pelembap tu pakai sikit je dah cukup. Saya pakai hujung jari telunjuk ja, Jadi jimat.

-Mengurangkan kesan merah di muka. Bila ada kesan merah kat muka Nampak muka lagi teruk,Jadi papulex ni dapat meredakan kesan merah di muka saya.

-Menghilangkan rasa gatal-gatal di muka dengan segera. Tambah-tambah lagi bila jerawat baru nak tumbuh. Ya ampun memang gatal. Kalau dah tergaru habislah.

-Tahan lama. Boleh tahan sehingga 2 -3 bulan. Memang berbaloi.


Harapnya produk ni akan sentiasa bersesuaian dengan saya.

 

Sesiapa yang ada jerawat tu,yang tengah mencari-cari produk pencuci muka/krim muka. Dah buntu tak tahu nak cuba apa. Boleh lah cuba jenama Papulex.

 

Sila komen kalau ada sesiapa sedang pakai, pernah pakai, produk papulex ni. Dan apa kesan kepada korang.

 Ok Bai.

 

 

 

Jumaat, 24 Julai 2020

Sebelum dan Selepas Review: Eucerin Pro Acne Solution

Assalammualaikum dan hai hai hai... 

Okey lamaaaaa betul baru nak update blog, Disebabkan banyak kekangan masa dan wifi kat rumah pun dah takada, kena tunggu je lah bila unifi tm boleh masuk area saya ni, sedih betul, harapkan hotspot handphone sahaja. Walaupun dah lama tak update saya berterima kasih sebab masih lagi ramai nak baca blog saya yang tak seberapa ini.

Kali ni saya nak review sebelum dan selepas memakai produk Eucerin Pro Acne Solution. Hampir semua saya pakai kecuali scrub pro acne, disebabkan nak tengok sejauh mana produk ini boleh memberi kesan kepada muka saya. Produk yang saya pakai adalah;
 
  • Cleansing Gel  
  • Super Serum 
  • Ai Clearing Treatment 
  •  Day Mat Whitening SPF 30 
  • A.I Matt Fluid ( Pelembap) 
  •  Toner  
  •  Acne and Makeup Cleansing Water 
  •  Correct and Control Cover Stick

Agak lama juga saya pakai Eucerin ni dah setahun lamanya, selepas pakai produk lokal lain, saya beralih kepada Eucerin ni disebabkan whitehead dan kemerahan di muka masih lagi tak surut, malah meninggalkan kesan merah di pipi seperti pigmentasi, tapi muka saya putih cerahπŸ˜…. 

Jadi bila saya dah mula pakai eucerin ni muka saya dah tak putih sangat lah, lagipun nak berkulit putih /cerah bukan tujuan utama saya, saya nak pulihkan muka saya yang asyik tumbuh jerawat dan whitehead yang degil. 

Daripada semua-semua yang saya pakai tu, pelembap matt fluid tu yang palingggg tak serasi, sebab bila saya pakai waktu malam je esoknya mesti ada jerawat yang akan tumbuh mesti ada. Ini selepas saya dah bereksperimentasi untuk beberapa hari/minggu, Jadi pelembap tu je saya tak pakai, 

 Produk Eucerin ini senang nak cari, boleh beli di guardian, watsons, farmasi dan kalau taknak keluar boleh beli online sahaja, cuma masa menunggu tu mungin lambat sikit. 

Bila pakai Eucerin ni kulit saya takadalah terus menerus okey ada juga pasang surut. Jerawat tetap ada. tapi saya teruskan juga walaupun jerawat timbul. Parut berlubang tak boleh hilang ya. πŸ˜…

Boleh tengok gambar saya ya, maaflah kalau kesan selepas pakai ni tak seperti diharapkan πŸ˜… 


Saya mula pakai dari hujung 2018, Gambar selepas adalah pada Disember 2019.


 
Gambar pun edit pakai photogrid saja. πŸ˜… Harapnya boleh nampak kesannya, Muka dah kurang iritasi iaitu kemerahan pada muka, whitehead dan jerawat pun nampak bekurang, 

Sekarang saya nampak ramai juga influncer dan para artis promosi produk eucerin pro acne ni. Jadi mungkin dah ramai orang dah cuba. Jadi boleh la komen adakah produk ni berkesan untuk korang juga atau sebaliknya.

Kesimpulannya, produk ni
  1. Senang di dapati tapi harganya mmm agak sederhana mahal dari RM50-80++
  2. Eucerin Pro Acne Solution ada starter kit jadi boleh beli tu dulu kalau nak cuba cuba.
  3. Jangan harapkan kesan yang cepat bergantung juga kepada kulit si pemakai. Kalau muka teruk macam saya mungkin lammmmmmmmmbaaaaatttttttt lagi.
  4. Saya tak tahu nak teruskan atau tak produk ni sebab terlampau banyak perlu di beli walaupun produk ini tahan untuk jangka masa yang lama. Tengoklah macam mana πŸ˜…πŸ˜“ .
ok bai
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Rabu, 23 Januari 2019

Happy 2019 dan Pertama Kali Guna Derma Roller Untuk Parut Berlubang

Assalammualaikum dan Hai hai haii...


Dah lama tak update blog.hihi nak dekat 2 bulan dah ni. Azam baru kalau boleh nak update blog setiap bulan. hihihhi kengkonon je. tengok malas.

Selamat tahun baru!!Sempat lagi ucap ni. Sebab masih di bulan Januari. Terima kasih sebab dah baca blog saya sepanjang tahun lepas, Walaupun blog saya takdelah banyak pos macam blog-blog yang lain. Tapi harapnya pengalaman-pengalaman yang saya share sedikit sebanyak boleh membantu.hihi.

So, di tahun baru ni saya nak cuba perkara baru. Apa itu..?? Jeng jeng jeng...

Dermaroller by Sally Daughter.  Sebelum ni banyak juga saya dah search pasal derma roller ni. Banyak testimoni best-best. Orang luar negara pun banyak guna derma roller ni. Boleh search di Youtube.

Isnin, 10 September 2018

Sebelum dan Selepas Review: Supplement Grape Seed VitaHealth untuk Bekas Parut Jerawat

Assalamualaikum dan Hai hai hai....

Sejak kebelakangan ni, internet saya tak berapa nak laju jadi macam susah sikit nak update blog.πŸ˜„
Mungkin sebab tinggal di kawasan kampung. Hihi Bila nak apply Unifi orang TM tu kata tempat ni takda lagi. Lamaaaaaaa lagi lah baru boleh merasa pakai unifi. Jangan kan Unifi, nak pasang Streamyx pun kena beratur panjang tunggu giliran. Takpa lah, guna hotspot je lah dulu  

Kali ni saya nak review supplement grape seed dari Vitahealth. Ini adalah kisah sambungan daripada review T3 Adapalene dan Cetaphil Gentle Cleanser. Boleh tengok pos saya sebelum ni.

Lepas jerawat adik saya dah hilang, kulit pun dah nampak rata, cuma ada parut sikit-sikit je dan lubang-lubang sikit.(okey, selama ni adik saya masih tak makan telur,seafood,kacang,minuman bikarbonat dan kafein, adik saya sangat berdisiplin dan sangatlah tahan diri. Kalau saya memang tak tahanlah.)

Saya rasa bila orang lain yang pernah nampak dan cakap-cakap kulit adik saya dulu yang penuh dengan jerawat merah dan bernanah pasti terkejut tengok muka adik saya yang sekarang. Sebab muka adik saya yang sekarang ni tiada jerawat, hampir tiada parut jerawat hitam cuma tinggal parut berlubang,itupun sikit je. Muka dia juga nampak berkilat dan berseri-seri. Orang mesti tak percaya adik saya suatu waktu dulu pernah berjerawat teruk.

Ahli farmasi yang cadangkan dia ambil T3 Adapalene tu ada pesan, bila jerawat dah surut pergi farmasi tu balik untuk rawatan parut jerawat pula. Adik saya cerita, ahli farmasi tu cadangkan produk hiruscar dan supplement grape seed tu. Adik saya taknak pula beli hiruscar dia cuma beli supplement grape seed tu sahaja. Harga RM60++. Supplement ni ahli farmasi tu kata untuk rawat parut jerawat.

Biasanya orang-orang kat luar tu cadangkan supplement vitamin E atau Vitamin C untuk parut. Jadi,saya cuba search google 'Grape seed Benefit for Skin'. Ternyata antara kebaikan dan kelebihan grape seed adalah kaya dengan anti oksidan, anti-inflammatory, digunakan untuk merawat jerawat,mencegah jerawat dan menyurutkan jerawat sedia ada serta menyamarkan noda jerawat yang sedia ada.

20 times stronger than vitamin C, 50 times stronger than vitamin E,fight free radicals to prevent cell damages. Improve blood circulation,maintain healthy skin, and promote general well being.Woww! Saya pun nak cubalah, banyak sangat kebaikan grapeseed.


Ahad, 19 Ogos 2018

Review: Masker Jerawat Jemah Cantik Sesuai Untuk Jerawat Gatal

Assalammualaikum dan Hai hai hai..

Minat pakai bedak sejuk tak dalam kata lain masker? Saya memang minat pakai bedak sejuk. Bila ada tetamu kat rumah pun selamba je pakai bedak sejuk. Sekarang ni pelbagai produk bedak sejuk ada di pasaran. Lagipun harga bedak sejuk sangat murah memang affordable.  So,Kali ni saya nak review Masker Jerawat Jemah Cantik. Korang pernah cuba tak?  Masker ni saya beli di Toko Jamu je dalam harga Rm15++ macam tu kalau tak silap. Sebab lama dah beli. Tekstur produk ni sangat ringan dan halus macam debu je. πŸ˜…πŸ˜… Saya sangat suka pakai masker ni sebab masker ni dapat buat jerawat kering cepat tapi sejak kebelakangan ni saya tak rajin sangat nak membancuhnya walaupun bukan susah pun. πŸ˜‚.


Selasa, 7 Ogos 2018

Review: MiaCare Acne Patch Tampal Jerawat Hidup Di Muka

Assalammualaikum dan Hai hai hai..


Post kali ni adalah tentang acne patch. Tahu tak apa tu acne patch. Acne patch tu adalah sejenis penampal jerawat. Macam plaster tapi tampal di kawasan jerawat. Saya selalu beli acne patch ni kerana acne patch ni adalah penyelamat untuk saya menyembunyikan jerawat terutamanya yang nampak bernanah. 

Acne patch ni ada banyak jenama antaranya adalah Miacare,OXY, Nexcare,Watsons dan maybe ada banyak lagi jenama acne patch yang saya tak tahu.

Semua yang saya sebut tu saya dah cuba, tapi tak berapa okey. Bagi saya yang paling okey adalah Miacare Acne Patch. Produk ni ada untuk siang, malam dan penampal siang dan malam sekali.  Saya suka semuanya.

Dulu, acne patch ni saya pakai kat rumah je tak berani nak bawa keluar rumah. Hahahaha Tapi sekarang bila keluar rumah sahaja saya akan pakai. Ada jerawat je saya tampal. Keluar dengan muka berplaster-plaster. Kadang-kadang 2,3,4 plaster kat muka πŸ˜… . Sekarang malas dah nak kisah. Orang tegur apa kat muka tu, cakap je ubat jerawat. hihi. Then walkaway. hahaha

My tired face with 2 acne patch on ma face!😐 #nofilter #withmakeup #lightmakeup 😁 #nowidontcare
Sebelum nak mekap tampal dulu miacare acne patch. hehehe


Selasa, 17 Julai 2018

Review: Hiruscar Anti Acne Spot Gel Terbaik

Assalammualaikum dan hai guys!

Post harini saya nak buat quick review ubat jerawat yang saya gunakan sekarang, iaitu produk HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel.

Saya memang nak cari ubat jerawat yang baru sebab ubat jerawat yang saya biasa pakai selalu buat jerawat saya jadi bernanah/ masak/kembang pastu pecah baru kering.

Dipendekkan cerita, Saya pergi Watsons pastu terus pegi bahagian ubat-ubat jerawat tu, Then nampak produk ni sebab saya tak pernah cuba lagi.πŸ˜† Saya tengok Hiruscar ni bukan saja ada produk untuk  jerawat tapi ada juga untuk parut, Hiruscar Post Acne, Pencuci muka dan Serum. Tapi saya tak lah beli tu sebab tujuan utama nak beli ubat jerawat je.

Harga produk ni lebih kurang RM21.90 kat Watsons. Pakej dalam bentuk tiub. First time bila saya apply ubat jerawat ni, dia ada bau bawang,serius. hihi. Tiada rasa pedih atau gatal-gatal. Cuma rasa sejuk-sejuk je.

Tiub Hiruscar Anti Acne SPOT GEL

Rabu, 4 Julai 2018

Sebelum dan Selepas Review:Garden of EDEN Rosa E Untuk Parut Jerawat

Assalammualaikum dan hai hai hai...

Bertemu kembali dalam segmen sebelum dan selepas. hahahaha πŸ˜…. Kali ni saya nak review Garden of EDEN Rosa E Pigmentation Serum, pengalaman adik saya sendiri. Okay mula cerita.

Adik perempuan saya (this is another adik) ni dah lama mengalami masalah jerawat. Dan sekarang masalah yang terbesar yang dihadapi oleh adik saya ialah parut jerawat. Masalah jerawat tu hampir tiada. Parut jerawat ni lama gak dia try nak hilangkan. Macam-macam dah guna tapi tak berkesan.

Dipendekkan cerita, bila dia try Garden of Eden Serum ni,muka dia jadi elok. Walaupun serum dia ni jenis berminyak tapi produk ni sangat sesuai dengan adik saya walaupun dia ada kulit muka yang berminyak. Pernah tak dengar, walaupun kulit muka berminyak, kena pakai pelembab juga. Sebenarnya bila kita pakai pelembab dia akan mengawal lagi kawalan sebum di muka kita dan akan membaiki lagi tekstur kulit kita tetapi dengan penggunaan yang betul dan amaun yang betul. Jangan guna banyak juga! Pernah tengok Youtuber Cassandra Bankson? Saya tengok rutin muka dia juga banyak menggunakan produk berminyak seperti Jojoba oil,Coconut oil dan Tea Tree oil. Tapi semestinya kita perlu tengok dahulu reaksi kulit kita. Kalau saya, saya tak sesuai guna barangan berunsurkan tea tree, kulit saya akan jadi lebih gatal dan berjerawat.

Produk ni dah lama juga adik saya guna lebih kurang 3-5 bulan. Disamping guna serum tu adik saya  juga menggunakan Pencuci Muka Safi Balqis OxyWhite,Toner Safi Balqis OxyWhite dan ubat jerawat Etude House Pink Powder (kalau tumbuh jerawat,dia cakap jerawat cepat kering pakai ni) dannnn Gel lidah buaya asli yang ditanam sendiri. Lidah buaya tu dia buat macam masker. Gel lidah buaya tu di sapu dan dibiarkan selama 10 minit sahaja pastu basuh. Lidah buaya ni dapat mematikan jerawat yang banyak tumbuh di muka adik saya tu.

Lihat sini untuk tengok gambar Etude House pink powder tu,


Garden Of Eden ROSA E Pigmentation Serum
Lightens Pigmentation & Wrinkles
With Rose Hip Seed Oil, Natural Vitamin E & Grape Seed Oil

Jumaat, 22 Jun 2018

Sebelum dan Selepas Review: Cosmoderm Tea Tree Untuk Muka Berjerawat

Assalammualaikum dan hai hai hai!!!

Haritu dah cerita before and after guna Cetaphil dan T3 Adapalene Cream tu. Kali ni saya nak buat before and after oleh adik perempuan saya. Ya, saya ada ramai adik beradik, dan memasing ada kulit berjerawat. Ya! It's in our blood. Turun temurun. Hahahahha. Kami juga punya kesesuaian produk yang berbeza-beza.

Adik perempuan saya ni, dulu-dulu... taklah teruk sangat jerawatnya. Tapi entah macam mana satu hari tu, muka dah elok, gatal nak try produk lain. hurmm... macam ni, adik perempuan saya ni, dapat breakout yang sangat teruk sebab pakai ubat jerawat dan rangkaian produk OXY. Memula breakout sikit je. Ada lah 2,3,4,5 ketul jerawat. Bila dia pakai OXY tu muka dia bertambah teruk dan terbakar. Bila dah breakout teruk tu mestilah risau. Gila tak risau. Dia try banyak juga produk, terutamanya produk-produk local. Sebagai contoh Glow Glowing, Tia Amelia, Dynas Skincare dan banyak lagilah. Memula tu memang okey nampak cantik putih. Tapi biasalah produk gini kena pakai selalu tak boleh tinggal. Bila malas pakai memang naik jerawat. Dia pun bukannya rajin sangat pun nak menempek sana-sini.

Awal tahun 2017, Adik saya dah tekad taknak dah guna produk-produk local ni. Jadi dia nak beli produk-produk kosmetik yang jual kat farmasi je. Lagipun produk kat farmasi hampir semuanya diiktiraf. So dia pergi farmasi kat Dataran Austin tu, situ je yang banyak jual produk kecantikan termasuklah COSMODERM TEA TREE. Masuk-masuk je farmasi tu, memang produk Cosmoderm yang menarik perhatian. So, untuk pertama kali, dia beli Facial Cleanser dan Moisturizer Cosmoderm Tea Tree just nak try and error lah kan masa tuu. Dia cuma pakai itu sahaja. Oo ya dengan COSMODERM TEA TREE OIL, OIL CONTROL SERUM.


Isnin, 4 Jun 2018

Review: Foundation Tutup Parut Jerawat : Urban Decay Naked Skin Foundation

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Sekarang ni dah pertengahan Ramadan. Tak lama lagi nak Hari Raya Aidilfitri. Time tu ramailah sanak saudara, rakan dan taulan, kaum keluarga akan datang ke rumah. OMG! Parut kat muka masih tak hilang lagi, banyak merata kat muka ni, tona warna pun tak sekata. Nak cover dengan foundation tebal-tebal ke.?

Okey itu yang saya hadapi setiap kali Hari Raya. Bukan je hari raya sebenarnya, hari hari lain pun πŸ˜ƒ.Saya pernah pakai REVLON PhotoReady Foundation tu. Memula memang nampak elok tapi bila makin lama pakai foundation tu buat muka saya breakout. Eeee Breakout teruk. Macam cyctic acne. Mungkin sebab foundation ni full coverage dan tebal sangat tak sesuai untuk kegunaan harian ataupun mungkin bahan dia tak mesra untuk orang kulit berminyak dan berjerawat ni. Jadi kena tukar  foundation cari yang lain. Setiap kali gi KL mesti singgah Sephora cari foundation apa yang berkualiti. Banyak dah yang saya cuba,bertukar ganti tapi tak sesuai untuk kegunaan harian.


Isnin, 23 April 2018

Sebelum dan Selepas Review: T3 Ada Gel (Adapalene Gel 0.1%) dan Cetaphil Gentle Cleanser

Assalammualaikum ,,,, Hello

Kali ni saya nak share pengalaman adik lelaki saya menggunakan Ada T3 Gel dan Cetaphil Gentle Cleanser.
πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€
Bila umur adik saya  mencecah 17 tahun, masa tu dah nampak dah jerawat tumbuh sikit-sikit. Bila dah umur 18 tahun jerawat adik saya tu makin bertambah-tambah sampai penuh pipi kiri dan kanan. Tambahan time tu dah masuk kolej makin rancaklah jerawat tu tumbuh. Haihhh, biasalah kalau budak lelaki pergi kelas bukan nak pakai payung macam budak perempuan, dibiar jeee matahari memanah muka sampai berminyak-minyak muka tuu.Jerawat adik saya tu takdalah yang teruk sangat yang sampai bernanah-nanah besar, jerawat dia kecil -kecil tapi banyak dan buat muka dia tampak kemerahan. Dia tu dahlah putih. 

Banyak juga produk yang dia dah cuba sepanjang waktu tu. Terutama produk pencuci muka. Bila buka kabinet kat bathroom tu penuhhhhh dengan pencuci muka dia je. Charcoal lah. Tea Tree lah. Ok. That's the hardest part, mencari produk yang sesuai dengan kita. Dan saya sangat paham dengan kepayahan itu. Dulu pun saya pernah menghadapi masalah yang sama. Tak semestinya awak sesuai produk ni, orang tu sesuai produk yang sama. Mungkin disebabkan bahan-bahan yang ada dalam produk tu membuatkan kulit jadi sensitif/alergik. Dia juga pernah pergi jumpa dermatologist kat Kuala Terengganu tu. (Agak femes). Takkkkkkkk jadi!Mahal pulak tuu! Mahal tapi tak berkesan. Doktor tu suruh buat appointment setiap bulan. Tapi kalau sampai dua bulan tak jadi juga. Hmmmm baik tak payah lah... Dia pun tak nak. Dah lah jauh dari rumah Macam tak berbaloi jee.. Harga lebih kurang RM300++/Session. Tapi dia ambil nasihat doktor untuk pantang SEAFOOD dan dia juga pantang makan TELUR dan KACANG.


Khamis, 2 November 2017

Review: Treatment di Estetika Medispa Untuk Jerawat dan Parut (Worth it or Waste It)

Wassup!
So it happened, disebabkan perasaan ingin tahu dan suka mencuba tu terlalu tinggi, saya pun Whatsapp lah estetika medispa tu untuk buat appointment. Esoknya juga saya pergi spa tu lepas saya Whatsapp tanpa rasa was was. Hajat di hati nak buat untuk sekali sesi je. Yelah nak try kan. Dah sampai tu buka je pintu, cakaplah nama saya, ada buat appoinment kelmarin via Whatsapp. Okey staf tu pun terus suruh masuk bilik konsultasi. Dalam tu ada mesin untuk scan muka, mesin tu boleh tahu jenis kulit dan masalah kulit kita. So, lepas scan tu hasilnya adalahhhh
  1. Jenis kulit: kombinasi (selama ni saya ingat jenis oily skin)
  2. Parut: Hampir 90% permukaan muka. Cis.
  3. Masalah: 50% untuk berjerawat dan 50% untuk berjeragat. Dia kata muka saya ada jeragat di dalam kulit muka. Wow jeragat di dalam kulit
  4. Cadangan: Mesobright treatment untuk parut memandangkan kulit saya lebih banyak parut daripada jerawat.

Jumaat, 18 November 2016

Review: Supplement Radiance Signature, SNE Capsule, K Colly, Aura White, Kawaii Collagen Untuk Muka Berjerawat dan Alergik



Supplement : 'A thing added to something else in order to complete or enhance it.' {Menurut google translate}


Saya dah cuba banyak( *lebih dari satu) supplement untuk muka berjerawat dan parut saya dulu.

Dan hasilnya apa hasilnya: 


Jumaat, 11 November 2016

Pengalaman : Jerawat Teruk dan Parut Berlubang ;( ;( ; ( Serta Ketekunan Untuk Mengatasinya Menggunakan Produk JannaLawwa

Saya ada pengalaman yang buruk dengan jerawat ;( so badddddd sangatttt terukkkk.. and sudah tentu saya dah try macam macam produk untuk hilangkan jerawat saya Bila dah berjerawat mesti ada parut jadinya jerawat + parut = cacian terutamanya dari rakan taulan sanak saudara jiran tetangga seluruhnya haha.... lulz.
Antara produk yang saya dah cuba

Khamis, 1 Oktober 2015

Review Ubat Jerawat Terbaik



'Review' Ubat Jerawat dan Yang Mana Paling Berkesan  :)


1) Janna Lawwa Acne Killer Serum


- Harga = RM75 -30ml
-Sangat pekat dan pedih bila diletak atas permukaan jerawat (tapi sekejap je pedihnya)
-Selepas beberapa hari jerawat akan mula menggelupas dan hilang.
-Memang sangat sesuai diletakkan pada jerawat yang tiada mata(whitehead), dan semua jenis jerawat bernanah ke berdarah ke (tapi pastinya akan terasa sangat pedih)
-Tiada lagi wajah berbukit. haha 'bumpy face'.
- Tidak disarankan memakai solekan ketika memakai ubat jerawat ini sebab akan nampak muka menggelupas.
-Saya bagi seribu bintang di langit. Inilah produk yang paling hebat sehebat hebatnya.