Memaparkan catatan dengan label fooundation tutup jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fooundation tutup jerawat. Papar semua catatan

Isnin, 4 Jun 2018

Review: Foundation Tutup Parut Jerawat : Urban Decay Naked Skin Foundation

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Sekarang ni dah pertengahan Ramadan. Tak lama lagi nak Hari Raya Aidilfitri. Time tu ramailah sanak saudara, rakan dan taulan, kaum keluarga akan datang ke rumah. OMG! Parut kat muka masih tak hilang lagi, banyak merata kat muka ni, tona warna pun tak sekata. Nak cover dengan foundation tebal-tebal ke.?

Okey itu yang saya hadapi setiap kali Hari Raya. Bukan je hari raya sebenarnya, hari hari lain pun 😃.Saya pernah pakai REVLON PhotoReady Foundation tu. Memula memang nampak elok tapi bila makin lama pakai foundation tu buat muka saya breakout. Eeee Breakout teruk. Macam cyctic acne. Mungkin sebab foundation ni full coverage dan tebal sangat tak sesuai untuk kegunaan harian ataupun mungkin bahan dia tak mesra untuk orang kulit berminyak dan berjerawat ni. Jadi kena tukar  foundation cari yang lain. Setiap kali gi KL mesti singgah Sephora cari foundation apa yang berkualiti. Banyak dah yang saya cuba,bertukar ganti tapi tak sesuai untuk kegunaan harian.