Isnin, 4 Jun 2018

Review: Foundation Tutup Parut Jerawat : Urban Decay Naked Skin Foundation

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Sekarang ni dah pertengahan Ramadan. Tak lama lagi nak Hari Raya Aidilfitri. Time tu ramailah sanak saudara, rakan dan taulan, kaum keluarga akan datang ke rumah. OMG! Parut kat muka masih tak hilang lagi, banyak merata kat muka ni, tona warna pun tak sekata. Nak cover dengan foundation tebal-tebal ke.?

Okey itu yang saya hadapi setiap kali Hari Raya. Bukan je hari raya sebenarnya, hari hari lain pun 😃.Saya pernah pakai REVLON PhotoReady Foundation tu. Memula memang nampak elok tapi bila makin lama pakai foundation tu buat muka saya breakout. Eeee Breakout teruk. Macam cyctic acne. Mungkin sebab foundation ni full coverage dan tebal sangat tak sesuai untuk kegunaan harian ataupun mungkin bahan dia tak mesra untuk orang kulit berminyak dan berjerawat ni. Jadi kena tukar  foundation cari yang lain. Setiap kali gi KL mesti singgah Sephora cari foundation apa yang berkualiti. Banyak dah yang saya cuba,bertukar ganti tapi tak sesuai untuk kegunaan harian.




Ciri-ciri Foundation yang dicari:
  • Ringan bila kat muka tak nampak tebal sangat. Sebab nak pakai hari-hari. Supaya muka tak nampak 'fake and cakey' bila jumpa orang. Takkan nak pakai mekap tebal hari-hari.
  • Saya nak cari yang liquid sebab tekstur krim tak sesuai untuk kulit saya. 
  • Tahan lama.
  • Nampak muka berseri 😂😂
  • Boleh tutup parut 
Kalau sekali sekala pakai foundation tebal tu takpa, tapi kalau tiap hari pakai tebal mahu kehilangan oksigen muka kita. Tu yang jadi jerawat tu. Selepas beberapa tahun mencari foundation apa yang sesuai dan ideal untuk kegunaan harian, setakat ni, inilah yang paling favorite yang mesti ada. Saya perkenalkan Urban Decay Naked Skin Weightless Ultra Definition Liquid Makeup.

Apa yang terbaik tentang foundation ni:
  • Tak cakey rasa ringan je kat muka. Walaupun tak tutup parut secara keseluruhan tapi saya suka sebab baru real 😂😂 Nama pun ada weightless tu yang ringan tu.
  • Muka glowing.makin lama pakai lagi nampak makin glowing
  • Tekstur liquid. Boleh guna hari-hari.Setakat ni foundation ni tak buat saya breakout dengan teruk.
Harga Foundation ni RM160. Lambat habis biarpun pakai hari-hari. Boleh beli kat Sephora atau kat Butik Urban Decay. Kalau nak tahu ton warna apa yang sesuai boleh lah rujuk kat salesperson tu dorang boleh carikan warna yang sesuai dengan kulit.  Korang nak nampak putih sikit ke, nak gelap sikit ke atau nak nampak natural je tanya je kat dorang. Saya pakai kod 3.5.Untuk info lanjut, nak tahu ingredients apa yang dia guna boleh rujuk kat laman web urbandecay. 


Urban Decay Front



Urban Decay Back Info
                                       
Urban Decay Paraben Free
    


Sebelum dan Selepas Hahaha saya tak pakai concealer pun  😣😣 



Kesimpulannya 😊:

  • Saya tak kisah pun mekap nampak parut jerawat sikit. Asal nampak real dan tak cakey. Embrace it. 
  • Foundation ni adalah sebagai pembantu menaikkan self esteem yang down. Tak salah pun mekap kalau kulit berjerawat+berparut asalkan produk tu tak buat kita breakout lagi teruk. Habis, kalau tak mekap dikecam pula. ''Apsal tak cover parut tu.'' Bila mekap cakap pula'' Eh apsal mekap, ko bejerawat nak mekap bagai.''😠😠 .
  • Nak nampak cantik untuk diri kita sendiri, bukan untuk orang lain.
  • Kulit setiap orang berbeza dan ini yang berkesan untuk saya.
*Misi pencarian foundation terbaik masih giat dijalankan.

Sekian.
K bai.

Klik sini untuk follow

Tiada ulasan: