Khamis, 28 Jun 2018

Review: Loreal White Perfect Total Recover Sleeping Mask Untuk Muka Berjeragat

Assalammualaikum dan Hai hai hai

Alkisahnya, bulan lepas saya dengan mak saya pegi ke Watson's , tujuannya nak cari pencuci muka baru untuk mak saya. Ronda-ronda dalam Watson's tu. Belek-belek. Sampai ke rak Loreal. ''Eh menarik''. ''Banyaknya sleeping mask Loreal''. Woah. Pastu saya tertarik dengan satu sleeping mask ni Nama produk ni White Perfect Total Recover Sleeping Mask Whitening + Oxidant Active With Pro White Complex + Vitamin E. ''Okay Recover,memulihkan ni'' . Mak trylah yang ni, sleeping mask untuk bawa tidur. Mak saya cakap ''okay lah'' Pastu saya suruh mak saya try Loreal HydraFresh Facial Cleanser,sebab muka mak saya kering dan berjeragat.

Mak saya tak pakai banyak produk sebab serik, bila pakai produk je muka mak saya bertambah berjeragat. Muka akan nampak gelap sebab pigmentasi kat muka, terutamanya di pipi. Jadi ni dah cukup sebulan mak saya cuba produk Loreal ni, muka mak saya dah berseri seri. Tapi takdelah nak tunjuk gambar, kesian mak saya jadi bahan testimoni hihi. Disebabkan perkembangan yang positif yang ditunjukkan oleh mak saya, haha, saya dan adik saya pun beli. Nampak tak. Sorang satu taknak kongsi. hihi. Jeles dengan muka mak yang dah berseri. Saya yakin sleeping mask ni punca mak saya hilang segala pigmentasi.

Unboxing:

White Perfect


Penerangan: Diperkaya dengan Vitamin E yang dapat melindungi kulit dari agresi luar, Kombinasi vitamin B3 dan CG membantu menyamarkan noda hitam,pigmentasi dan mencerahkan kulit.
Hasil yang terlihat:
Pada pagi hari: Kulit tampak cerah, segar dan merona
Setelah 8 Minggu: Noda hitam tersamarkan,kulit tampak cerah dan lembut


                                            

  
Tesktur dia sedikit berjeli dan ada beads putih kecil-kecil
Tutup dia plastik, Badan pula kaca hiihi


Vitamin E terkenal dengan kelebihannya memulihkan parut,anti aging,fine wrinkles,sun damage ah banyak lah lagi. Tekstur mask ni tak berminyak jadi sesuai lah untuk muka yang oily. Harga produk ni RM32.92 tu beli kat Watson's. Okay lah boleh tahan. Rasanya boleh tahan lama ni. Harapnya boleh lah bersabar sampai 8minggu.

Harapan saya terhadap produk ni:

  • Dapat memulihkan bekas parut
  • menghilangkan kulit kusam
  • Tak buat saya breakout
Ok bai.

*Pernah salesperson kosmetik kata ''Sleeping mask bagus untuk memulihkan muka yang rosak'', menyesal tak cuba awal-awal.







2 ulasan:

dariana berkata...

suka baca review dari awak. rasa nya esok saya nak try cari sleeping mask ni. nak try juga sbb saya ada jeragat kat sekitar pipi. very sad.

Syafiqah Al berkata...

Terima kasih dariana. Ya mesti cuba