Jumaat, 22 Jun 2018

Sebelum dan Selepas Review: Cosmoderm Tea Tree Untuk Muka Berjerawat

Assalammualaikum dan hai hai hai!!!

Haritu dah cerita before and after guna Cetaphil dan T3 Adapalene Cream tu. Kali ni saya nak buat before and after oleh adik perempuan saya. Ya, saya ada ramai adik beradik, dan memasing ada kulit berjerawat. Ya! It's in our blood. Turun temurun. Hahahahha. Kami juga punya kesesuaian produk yang berbeza-beza.

Adik perempuan saya ni, dulu-dulu... taklah teruk sangat jerawatnya. Tapi entah macam mana satu hari tu, muka dah elok, gatal nak try produk lain. hurmm... macam ni, adik perempuan saya ni, dapat breakout yang sangat teruk sebab pakai ubat jerawat dan rangkaian produk OXY. Memula breakout sikit je. Ada lah 2,3,4,5 ketul jerawat. Bila dia pakai OXY tu muka dia bertambah teruk dan terbakar. Bila dah breakout teruk tu mestilah risau. Gila tak risau. Dia try banyak juga produk, terutamanya produk-produk local. Sebagai contoh Glow Glowing, Tia Amelia, Dynas Skincare dan banyak lagilah. Memula tu memang okey nampak cantik putih. Tapi biasalah produk gini kena pakai selalu tak boleh tinggal. Bila malas pakai memang naik jerawat. Dia pun bukannya rajin sangat pun nak menempek sana-sini.

Awal tahun 2017, Adik saya dah tekad taknak dah guna produk-produk local ni. Jadi dia nak beli produk-produk kosmetik yang jual kat farmasi je. Lagipun produk kat farmasi hampir semuanya diiktiraf. So dia pergi farmasi kat Dataran Austin tu, situ je yang banyak jual produk kecantikan termasuklah COSMODERM TEA TREE. Masuk-masuk je farmasi tu, memang produk Cosmoderm yang menarik perhatian. So, untuk pertama kali, dia beli Facial Cleanser dan Moisturizer Cosmoderm Tea Tree just nak try and error lah kan masa tuu. Dia cuma pakai itu sahaja. Oo ya dengan COSMODERM TEA TREE OIL, OIL CONTROL SERUM.



Serius, saya rasa produk yang bagus akan buat muka kita elok dalam beberapa bulan je (mesti sabar k!). Adik saya ni ambik masa lebih kurang lima bulan baru nampak hasilnya. Muka dia dah bebas jerawat. Dia cuma pakai pelembab tu je siang dan malam. Keluar rumah pun pakai tu je. Entahlah dia cuma pakai krim pelembap tu je tapi muka nampak glowing. Dia tak pakai pun BB Cream ke apa. Cis kenapalah saya tak sesuai πŸ˜’ . Muka yang berlubang-lubang pun dah tak nampak sangat dah. Makcik-makcik yang datang rumah semua tegur ''Eh cantiknya muka pakai apa''. 😐 Saya di hujung tembok rumah menangis. Hahahaha. Dia tak control makan pun, makan je berminyak ke berlemak ke. Okeyy jee tak naik jerawat pun.

Gambar dari cosmoderm.com.my, adik saya pakai langkah 1,2,4 dan 5
Bagi yang langkah 2 tuu (purifying mask), dia cuma pakai bila terasa rajin je sebab selalu lupa nak pakai.


Ni lah hasilnya.. Tapi gambar yang sebelum tuu semasa adik saya dah start pakai produk, kalau tak lagi teruk lah mukanya, jerawat still timbul-timbul. 

Kesimpulannya:
  • Harga produk ni sangat berbaloi sebab murah. Harga-harga produk boleh tengok kat laman web Cosmoderm tu.
  • Produk ni pun tahan lama. Maksudnya lama nak habis, Jadi jimat lah. Sesuai la untuk student.
  • Ini adalah testimoni tidak berbayar. Ini adalah berdasarkan pengalaman adik saya sendiri. Dan saya sangatlah berbesar hati untuk berkongsi produk yang berkesan terutamanya untuk kulit berjerawat. Sebab saya faham bukan senang nak cari produk yang berkesan. 

21 ulasan:

Unknown berkata...

satu set harga berapa dipasaran? purifying mask kene pakai every day ke awk?

Syafiqah Al berkata...

Hai. Ini senarai harga untuk produk yang digunakan. Saya tgk di laman web cosmoderm. Harga cleanser RM15.90, Purifying Mask RM24.90, Harga serum mahal sedikit RM33.90 dan Moisturiser Day Night RM18.90. Saya tak pernah pula nampak cosmoderm tea tree ni di jual dalam bentuk satu set,biasa jual satu-satu. Mungkin penjualan set tu ada untuk pasaran online sahaja,saya tak pasti. Untuk Purifying Mask tu pula tak pakai hari hari. Dalam seminggu sekali atau 2 kali sahaja.

Unknown berkata...

Lepas guna day & night moisturiser ini, kena cuci muka ke?

Syafiqah Al berkata...

Hai. Thank u komen.Selepas cuci muka baru pakai day dan night moisturiser. Kalau muka kering tak payah cuci muka banyak kali cukup 2 kali sehari.

Unknown berkata...

Nk tnye. Saya ade beli yg no 1,3,4,5.pagi gn mlm kea kene pakai 1 set tu

Syafiqah Al berkata...

Hai thank you komen. Ya boleh je pakai siang dan malam. Cuci muka, toner , serum dan pelembap. Tapi kalau awak malas nak pakai banyak banyak time malam sblm tidur tu ,awak pakai serum je pun dah cukup.

Eila berkata...

Apa ig awak sis??

Reen berkata...

Salam hai, saya agen sah Cosmoderm. Kalau ada pertanyaan masalah kulit, boleh wasap saya di wasap.my/60173294064/Cosmoderm . TQ

Nusrah berkata...

Bb cream pakai time bile ye??

Unknown berkata...

Sy br seminggu pkai Cleanser &moisturiser TTO dan krim anti jeragat..tp kenapa white bwah kulit bertambah dan kulit nmpak kusam...x sesuai Ngan sy ka

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke pakai tea tree oil toner sahaja banyak kali dalam satu hari? Sebab cuci muka dua kali sehari je

Tanpa Nama berkata...

Aku pakai cosmoderm ni lah muka breakout jerawat...nauzubillah tak nak aku pakai lagi..pelik tgk org support.

Unknown berkata...

serius ke aduhh.. aku baru je beli 2 hari lepas facial cleanser dia .

Unknown berkata...

adehh baru je psg niat nak beli cosmoderm , fuhh nsb baik awak komen kat cni ,kalau tak , rugi duit + makin merana lah kulit saya jwpnye

Unknown berkata...

Mngkin x sesuai ngn muka awak tu..x smua orng jenis kulit sama..klau pkai produk yg trbaik pn klau x sesuai ngn muka x leh jgk..tpi klau setengah orng pkai produk cosmoderm ni elok dan sesuai apa salahnya klau nk support sbb dh ada bukti kata berkesan, bkn pkai ckp je tpi dh pkai sndiri kt muka ni sbb elok..

ratu berkata...

sya pernah guna product mahal kiehls & product klinik (cleanser & moisturizer) harga rm 600 pn xberkesan..now tgh try yg murah2..kot2 la berkesan kan

Tanpa Nama berkata...

Saya pakai sangat berkesan. Alhamdulillah.

Unknown berkata...

Saya nak cuba pakai produk Cosmoderm ni.. Breakout muka sy dgn jerawat..patut ke sy ambik yg tree tea atau yg LG satu yg warna kuning..(hijau atau kuning)cuba try pencuci muka dulu atau satu set ye..takut xsesuai dgn kulit

Unknown berkata...

Kalau untuk masker penulen boleh ke pakai tiap tiap hari

Unknown berkata...

Serum tea tree oil ni ada AHA & BHA..so,setiap org yg pakai mesti akan alami purging..klu alami purgig x perlu risau..sbb aha n bha ni bantu singkirkan sel kulit mati dlm kulit wajah kita..purging akn trjdi dlm 2 or 4 minggu..kena sabar hehe

nachiksackett berkata...

Caesars Rewards Casino Promo Code - JamBase
You can still μ‚Όμ²™ 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ enjoy live casino κ΄‘μ£Ό 좜μž₯샡 games, live dealer 제주 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ games, roulette, video poker, bingo and casino table games at Caesars Rewards 경상뢁도 좜μž₯샡 Casino. μ„œμ‚° 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ