Memaparkan catatan dengan label cosmoderm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cosmoderm. Papar semua catatan

Khamis, 27 September 2018

Review: Cosmoderm Eye Gel, Dr. G Actifirm Eye Cream dan Loreal Revitalift Eye Mengatasi Kering Bawah Mata

Assalammualaikum dan Hai hai hai.

It's been awhile. Saya nak cuba update seminggu sekali hahahaha. Tapi hihi busy kan. 

Kali ni saya nak review produk eye cream pula. Yela semakin kita berusia semakin jelas garis-garis halus bawah mata ni. Bukan sebab takut tua ke apa,garis halus tu tetap akan berlaku cepat ataupun lambat, tapi saya perasan makin lama bawah mata saya makin kering, pedih dan sensitif. Secara tak langsung membuatkan mata saya tak selesa. Saya ada juga cuba beberapa produk mata antaranya ialah:


Jumaat, 22 Jun 2018

Sebelum dan Selepas Review: Cosmoderm Tea Tree Untuk Muka Berjerawat

Assalammualaikum dan hai hai hai!!!

Haritu dah cerita before and after guna Cetaphil dan T3 Adapalene Cream tu. Kali ni saya nak buat before and after oleh adik perempuan saya. Ya, saya ada ramai adik beradik, dan memasing ada kulit berjerawat. Ya! It's in our blood. Turun temurun. Hahahahha. Kami juga punya kesesuaian produk yang berbeza-beza.

Adik perempuan saya ni, dulu-dulu... taklah teruk sangat jerawatnya. Tapi entah macam mana satu hari tu, muka dah elok, gatal nak try produk lain. hurmm... macam ni, adik perempuan saya ni, dapat breakout yang sangat teruk sebab pakai ubat jerawat dan rangkaian produk OXY. Memula breakout sikit je. Ada lah 2,3,4,5 ketul jerawat. Bila dia pakai OXY tu muka dia bertambah teruk dan terbakar. Bila dah breakout teruk tu mestilah risau. Gila tak risau. Dia try banyak juga produk, terutamanya produk-produk local. Sebagai contoh Glow Glowing, Tia Amelia, Dynas Skincare dan banyak lagilah. Memula tu memang okey nampak cantik putih. Tapi biasalah produk gini kena pakai selalu tak boleh tinggal. Bila malas pakai memang naik jerawat. Dia pun bukannya rajin sangat pun nak menempek sana-sini.

Awal tahun 2017, Adik saya dah tekad taknak dah guna produk-produk local ni. Jadi dia nak beli produk-produk kosmetik yang jual kat farmasi je. Lagipun produk kat farmasi hampir semuanya diiktiraf. So dia pergi farmasi kat Dataran Austin tu, situ je yang banyak jual produk kecantikan termasuklah COSMODERM TEA TREE. Masuk-masuk je farmasi tu, memang produk Cosmoderm yang menarik perhatian. So, untuk pertama kali, dia beli Facial Cleanser dan Moisturizer Cosmoderm Tea Tree just nak try and error lah kan masa tuu. Dia cuma pakai itu sahaja. Oo ya dengan COSMODERM TEA TREE OIL, OIL CONTROL SERUM.