Khamis, 27 September 2018

Review: Cosmoderm Eye Gel, Dr. G Actifirm Eye Cream dan Loreal Revitalift Eye Mengatasi Kering Bawah Mata

Assalammualaikum dan Hai hai hai.

It's been awhile. Saya nak cuba update seminggu sekali hahahaha. Tapi hihi busy kan. 

Kali ni saya nak review produk eye cream pula. Yela semakin kita berusia semakin jelas garis-garis halus bawah mata ni. Bukan sebab takut tua ke apa,garis halus tu tetap akan berlaku cepat ataupun lambat, tapi saya perasan makin lama bawah mata saya makin kering, pedih dan sensitif. Secara tak langsung membuatkan mata saya tak selesa. Saya ada juga cuba beberapa produk mata antaranya ialah:



1) Cosmoderm Co-enzyme Q10 With Vitamin A Eye Treatment Gel

Saya tertarik nak beli ni sebab produk ni murah je dalam RM30++ macam tu. Produk ni dalam bentuk gel. Jadi bila kita sapu produk ni rasa sejuk je bawah mata. Tapiiiiii masalahnya produk ni tak sesuai untuk saya sebab produk ni membuatkan bawah mata saya jadi makin pedih dan kering. Pedih sampai ke dalam mata. Bila pakai mata saya jadi berair. Ingatkan saya je mak saya pun alami perkara yang sama juga. Saya bagi adik saya pakai. Okay pulak. Ahhhhh mungkin tak sesuai untuk orang tua kot. 😁

2)Dr.G Actifirm Real Lifting Eye Cream

Kalau produk-produk Dr.G ni boleh dapat kat SASA je. Banyak juga produk Dr.G yang bagus contohnya produk rangkaian untuk jerawat,BB Cream dan toner Dr.G tapi biasalah produk Dr.G ni mahal-mahal belaka. Dr.G adalah jenama dari Korea. Ini antara produk yang direkomendasi oleh salesgirl Sasa tu. Krim dia lembut, smooth je. Kandungan dalam ni pun banyak boleh la tahan dalam setahun 😌 Pakai krim mata sikit je. Tapi harganya bukan main mahal lagi. Produk ni saya beli time promosi RM139+ kalau takde promosi harga produk ni adalahhhhhhh RM199++. Bila pakai eye cream ni rasa lembab je bawah mata. Best. Sesuailah untuk bawah mata saya yang kering ni.

Dr.G Actifirm Real Lifting Eye Cream

This eye cream strengthens the skin and improvesthe wrinkles around the eye area. 


Nampak tak smooth je. Macam yogurt. Siap ada sudu lagi.


3)Loreal Revitalift Eye Cream

Produk ni boleh didapati di Watsons. Harga krim ni lebih kurang RM50+, bolehlah tengah-tengah tak mahal tak murah. Packaging produk ni kecil je, boleh  tahan dalam 6 bulan atau lebihh kalau pakai sikit-sikit. Tekstur krim ni pun lembut ringan tapi tak selembut produk Dr.G tu.  Bagi saya produk ni okey. Jimat dan berkesan. Lagipun senang nak cari. Kalau nak cari produk bawah mata yang mampu milik beli lah ni. 

Loreal Revitalift Eye

Anti wrinkle plus firming eye cream. Use daily on the eye contour.

Saya pakai krim bawah mata ni pun sebab bawah mata saya kering dan pedih. Kalau tak memang saya tak beli hahahaha. 

P/s:*Sekarang ni pun dah ada produk bawah mata yang ada SPF.

Ok bai.

Tiada ulasan: