Isnin, 10 September 2018

Sebelum dan Selepas Review: Supplement Grape Seed VitaHealth untuk Bekas Parut Jerawat

Assalamualaikum dan Hai hai hai....

Sejak kebelakangan ni, internet saya tak berapa nak laju jadi macam susah sikit nak update blog.😄
Mungkin sebab tinggal di kawasan kampung. Hihi Bila nak apply Unifi orang TM tu kata tempat ni takda lagi. Lamaaaaaaa lagi lah baru boleh merasa pakai unifi. Jangan kan Unifi, nak pasang Streamyx pun kena beratur panjang tunggu giliran. Takpa lah, guna hotspot je lah dulu  

Kali ni saya nak review supplement grape seed dari Vitahealth. Ini adalah kisah sambungan daripada review T3 Adapalene dan Cetaphil Gentle Cleanser. Boleh tengok pos saya sebelum ni.

Lepas jerawat adik saya dah hilang, kulit pun dah nampak rata, cuma ada parut sikit-sikit je dan lubang-lubang sikit.(okey, selama ni adik saya masih tak makan telur,seafood,kacang,minuman bikarbonat dan kafein, adik saya sangat berdisiplin dan sangatlah tahan diri. Kalau saya memang tak tahanlah.)

Saya rasa bila orang lain yang pernah nampak dan cakap-cakap kulit adik saya dulu yang penuh dengan jerawat merah dan bernanah pasti terkejut tengok muka adik saya yang sekarang. Sebab muka adik saya yang sekarang ni tiada jerawat, hampir tiada parut jerawat hitam cuma tinggal parut berlubang,itupun sikit je. Muka dia juga nampak berkilat dan berseri-seri. Orang mesti tak percaya adik saya suatu waktu dulu pernah berjerawat teruk.

Ahli farmasi yang cadangkan dia ambil T3 Adapalene tu ada pesan, bila jerawat dah surut pergi farmasi tu balik untuk rawatan parut jerawat pula. Adik saya cerita, ahli farmasi tu cadangkan produk hiruscar dan supplement grape seed tu. Adik saya taknak pula beli hiruscar dia cuma beli supplement grape seed tu sahaja. Harga RM60++. Supplement ni ahli farmasi tu kata untuk rawat parut jerawat.

Biasanya orang-orang kat luar tu cadangkan supplement vitamin E atau Vitamin C untuk parut. Jadi,saya cuba search google 'Grape seed Benefit for Skin'. Ternyata antara kebaikan dan kelebihan grape seed adalah kaya dengan anti oksidan, anti-inflammatory, digunakan untuk merawat jerawat,mencegah jerawat dan menyurutkan jerawat sedia ada serta menyamarkan noda jerawat yang sedia ada.

20 times stronger than vitamin C, 50 times stronger than vitamin E,fight free radicals to prevent cell damages. Improve blood circulation,maintain healthy skin, and promote general well being.Woww! Saya pun nak cubalah, banyak sangat kebaikan grapeseed.



Rupamya grape seed ni kaya dengan Vitamin E ooooo. Adik saya makan 2 biji sehari lepas makan.

Sekarang dah hampir sebulan adik saya ambil supplement ni. Saya tengok muka adik saya sekarang dah makin putih dan licin. Apa yang dicadangkan oleh ahli farmasi untuk adik saya semuanya sangat berkesan. Malah segala nasihat yang ahli farmasi tu berikan tak dikenakan caj. Cuma caj beli produk je lah kan. Yela,berbanding dulu adik saya jumpa doktor pakar kulit dengan bayaran RM300 setiap sesi dan hasil tetap sama malah bertambah teruk. Hmmmmmmmmmmmm.

nasib baik adik saya okey je bila saya nak blog pasal dia.
Adik saya dah jumpa solusi untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat. Bolehlah cuba. Produk ni sangat sesuai untuk adik saya. Manatau sesuai untuk orang-orang lain juga. Saya cuma share sahaja. Sebab saya tahu sangat susah nak hilangkan jerawat dan parut. Ditambah lagi dengan cakap-cakap orang yang tak membantu langsung. Takpe you've got me and my blog.😇 Yang penting sentiasa positif. Mungkin yang cakap-cakap tu akan kena balik kat diri dia.hihi. Ehh tak baik.

Ok bai.

Tiada ulasan: