Assalammualaikum dan Hai hai hai...
Period. Datang bulan. Hal yang akan dialami oleh semua perempuan. Biasanya hari pertama datang bulan tu yang akan rasa sakit senggugut. Bertabahlah.
Kalau saya, bila dah nak dekat period tu saya dah kurangkan minum dan makan makanan yang sejuk. Sebagai contoh air sejuk, air bikarbonat,aiskrim. Saya guna apps Period Calendar untuk track period saya setiap bulan. Jadi bila dah nak dekat period tu saya akan kawal pemakanan dan sentiasa berjaga-jaga.
Antara Feature dalam Period Calender. Boleh Add Mood dengan Pelbagai Emoji. 💓 |
Bila dah tiba hari period tu,barang barang ni mesti ada supaya dapat kurangkan rasa sakit senggugut saya tu. Kira macam 'Starter Pack Untuk Period Pain'.😅
1)Minyak Panas Orang Kampung. (Hihi minyak ni memang power)
Boleh beli di Guardian atau Mydin |
2)Tiub Air Panas (Untuk tuam kat atas perut, kurangkan rasa sakit dan kembung perut)
Tiub air panas turun temurun sebab tu nampak buruk dah😅 |
3)Daiso Body Warmer atau Hand Warmer ( pemanas ni biasa digunakan pada waktu cuaca sejuk atau 'winter'dia takda pun tulis untuk menstrual pain ke apa 😅 tapi kita mesti kreatif. Sebab Menstrual Pain Yoko Yoko yang biasa jual kat Watson dan Guardian tu lebih mahal dan dalam dia cuma ada dua je,lebih kurang sama. Lebih baik beli ni, murah dan panassssss,best je letak kat perut. Body warmer tu dia ada pelekat di belakang. Kalau hand warmer pula tiada pelekat.)
Body Warmer dan Hand Warmer |
4)Ubat tahan sakit ( Yang ni kadang-kadang je saya makan. Kalau dah tak tahan sakit. Boleh makan Pil Mestrual yang warna pink tu, tapi kadang-kadang saya hentam je makan Pil Panadol biasa atau Ponstan)
5)Bersenam (Bukan senaman lompat-lompat tapi senaman yoga atau stretches untuk rilekskan badan dan muscle-muscle. Boleh tengok kat Youtube.)
6)Berdoa ( Saya biasa baca doa ni bila rasa sakit senggugut,baca 41 kali sambil gosok-gosok perut, yang penting percaya dan tawakal. Hanya Allah yang Maha Penyembuh.)
Boleh Cari Doa ni di Youtube Saad Al Qureshi |
So, itu adalah cara saya mengurangkan rasa sakit senggugut setiap bulan. Hhihi. Harap Bermanfaat.
Ok bai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan