Ahad, 19 Ogos 2018

Review: Masker Jerawat Jemah Cantik Sesuai Untuk Jerawat Gatal

Assalammualaikum dan Hai hai hai..

Minat pakai bedak sejuk tak dalam kata lain masker? Saya memang minat pakai bedak sejuk. Bila ada tetamu kat rumah pun selamba je pakai bedak sejuk. Sekarang ni pelbagai produk bedak sejuk ada di pasaran. Lagipun harga bedak sejuk sangat murah memang affordable.  So,Kali ni saya nak review Masker Jerawat Jemah Cantik. Korang pernah cuba tak?  Masker ni saya beli di Toko Jamu je dalam harga Rm15++ macam tu kalau tak silap. Sebab lama dah beli. Tekstur produk ni sangat ringan dan halus macam debu je. 😅😅 Saya sangat suka pakai masker ni sebab masker ni dapat buat jerawat kering cepat tapi sejak kebelakangan ni saya tak rajin sangat nak membancuhnya walaupun bukan susah pun. 😂.



Jemah Cantik. Cubalah

Masker yang Ringan Halus Mulus


Bila search kaolin clay hahh keluar lah macam ni. banyak juga 'benefit' kaolin clay untuk kulit.

Google Kaolin Clay


Saya biasa pakai masker ni bila jerawat tengah gatal. Bila dah rasa gatal tu cepat-cepatlah pergi pakai masker ni. Sekejap je hilang gatal tu. Masa pertama kali beli masker ni saya letak di seluruh muka. Muka saya jadi keringgg sangat. Sejak kejadian tu saya letak kat jerawat je. Ingat kalau nak guna ,guna sikit je, tak payah guna banyak-banyak. Air pun letak beberapa titis je. Nanti kalau cair sangat tak best pula, macam mana nak letak kat muka kalau masker cair.

Sesiapa yang ada masalah jerawat, nak cari produk tambahan, bolehlah pakai ni. Lagipun produk ni murah je jadi berbaloi untuk cuba.

*Pernah sekali keluar berjalan guna masker ni (kat jerawat je lah). Hahahaha. Orang pandang-pandang tapi buat tak tahu je lah. Lagipun bukan urusan dorang pun 😔 

K bai.

Tiada ulasan: