Selasa, 7 Ogos 2018

Review: MiaCare Acne Patch Tampal Jerawat Hidup Di Muka

Assalammualaikum dan Hai hai hai..


Post kali ni adalah tentang acne patch. Tahu tak apa tu acne patch. Acne patch tu adalah sejenis penampal jerawat. Macam plaster tapi tampal di kawasan jerawat. Saya selalu beli acne patch ni kerana acne patch ni adalah penyelamat untuk saya menyembunyikan jerawat terutamanya yang nampak bernanah. 

Acne patch ni ada banyak jenama antaranya adalah Miacare,OXY, Nexcare,Watsons dan maybe ada banyak lagi jenama acne patch yang saya tak tahu.

Semua yang saya sebut tu saya dah cuba, tapi tak berapa okey. Bagi saya yang paling okey adalah Miacare Acne Patch. Produk ni ada untuk siang, malam dan penampal siang dan malam sekali.  Saya suka semuanya.

Dulu, acne patch ni saya pakai kat rumah je tak berani nak bawa keluar rumah. Hahahaha Tapi sekarang bila keluar rumah sahaja saya akan pakai. Ada jerawat je saya tampal. Keluar dengan muka berplaster-plaster. Kadang-kadang 2,3,4 plaster kat muka 😅 . Sekarang malas dah nak kisah. Orang tegur apa kat muka tu, cakap je ubat jerawat. hihi. Then walkaway. hahaha

My tired face with 2 acne patch on ma face!😐 #nofilter #withmakeup #lightmakeup 😁 #nowidontcare
Sebelum nak mekap tampal dulu miacare acne patch. hehehe




Miacare on the rack Tambah stok.Harga RM13+


Tak buka lagi baru beli 😊
Boleh lah cuba. Produk ni memang terbaik

p/s*Saya akan update lebih banyak lagi tentang produk yang saya guna untuk membasmi jerawat dan parut jerawat saya ni. Tunggu post yang akan datang pula!!

Ok bai.

Tiada ulasan: