Jumaat, 28 September 2018

Pengalaman: Eczema dan Alergik Gatal-Gatal Yang Buat Tak Tidur Malam

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Pada kali ni saya nak cerita tentang penyakit eczema dan alergik. Saya dapat tahu yang saya ada eczema dan alergik bila saya jumpa doktor kulit.  Saya tergerak hati nak pergi sebab gatal-gatal kat kulit saya kerap kali berulang dan lambat sangat nak baik walaupun saya dah pakai pelbagai krim gatal dan makan pelbagai ubat serta supplement.

Macam ni keadaan tangan saya kalau penyakit dah datang.



Time jumpa doktor kulit tu, dia belek-belek tangan saya pastu bila dah tengok keadaan kulit saya dia buka buku rujukan tunjukkan gambar yang sama dengan penyakit saya. Saya tak tahu apa nama saintifik tu yang saya ingat doktor tu kata awak ada eczema dan alergik. Doktor tu ada nasihatkan jangan makan seafood dan suruh datang lagi untuk follow up. Doktor tu suruh datang untuk 3 kali sesi. Dia bagi 3 jenis ubat pil dan ubat sapu serta sabun semuanya dah di pek dalam plastik jadi saya tak tahu dia bagi ubat apa,jenama apa dan saya tak boleh beli kat farmasi.

Dijadikan cerita saya terlewat untuk sesi kedua dan kena ulang ubat yang sama macam sesi pertama semula, saya tak jumpa doktor tu pun saya pergi tanya kat receptionist/pharmacist kat kaunter tu dan dia cakap macam tu. Harga yang dikenakan sama je RM300 walaupun saya tak jumpa doktor. Pada  waktu tu entah kenapa receptionist/pharmacist tu bercakap ala ala kurang ajar dan buat saya tak senang dan menyesal berada di klinik tu and I said to myself well this is the last time,nope never again enter this clinic again. Ahahahaha gituu. Never again and never regret it. RM600 saya bayar untuk beli ubat,tapi layanan dan servis macam tu. Memang tak lah. Saya dah buang kad klinik tu dalam tong sampah. 😅.

Bila  saya dah tak pergi klinik kulit tu, saya pergi klinik biasa je. Saya mintak suntik. Rasanya suntikan tu ada steroid. Bila suntik tu gatal-gatal dan merah-merah cepat je hilang.

Tapi kalau balik-balik suntik steroid tu tak elok juga. Saya pernah tanya,doktor tu kata kena jarakkan waktu,.Mungkin sebulan sekali okey lah. Tapi saya taklah sampai sebulan sekali. Gatal-gatal saya ni lebih kurang 3-4 bulan baru dia naik.

Bila dah malas nak pergi klinik nak suntik. Saya ambil langkah sendiri je  😅. Antaranya adalah:

1) Sentiasa berhati-hati dengan apa yang saya makan.

Contoh seafood. Sentiasa peka dengan makanan yang buat kita alergik atau gatal. Ambil makanan dalam portion yang sikit dulu dan tengok reaksi kulit macam mana dengan makanan yang kita ambil tu.

2) Elakkan berpeluh,berpanas atau kotor/habuk. 

Kenalah sentiasa bersih.Kena rajin-rajinlah mandi. Kalau selalu mandi sehari sekali tukarlah tabiat 2 3 kali sehari. Kalau saya, saya alergik kotor macam pasir dan kucing. Setiap kali lepas pegang kucing cuci tangan bersih-bersih takpun terus je mandi.

3)Pakai sabun soap free dan losyen badan yang tak wangi.

Sekarang ni saya pakai sabun Sebamed Buku Olive. Harga RM18.90 gitu. Boleh juga pakai sabun Johnson's Baby Soap pakej warna putih tu. Sabun ni tak soap free tapi gentle di kulit sebab sabun baby kan. Tu murah je tak sampai RM10 ada 3 buku. Boleh juga pakai sabun lain yang soap free macam Cetaphil atau Physiogel hihi tapi yang tu mahal lah. Losyen pula jangan pakai yang wangi-wangi. Saya pakai losyen jenama Dermal Therapy Dry Skin Lotion. Produk ni saya baru cuba. Harga RM35.40 untuk 250ml. Dermal ni ada juga sabun soap free. Bolehlah try. Saya juga pernah cuba produk jenama Moogoo, sabun dan losyen untuk eczema tapi tak sesuai dan tak mengurangkan gatal-gatal yang saya alami. Harga produk Moogoo agak mahal juga. Bagi saya Dermal lagi okey.

Johnson's Baby Soap gently cleanses delicate skin

Dermal Therapy Soap Free Wash For Sensitive Skin. Untuk dry and sensitive skin, itchy or flaking skin.

Dermal Therapy Dry Skin Lotion Increases Skin Hydration by 50%. For dry and sensitive skin, itchy ar flaking skin. Free from petrochemicals,parabens&fragrances.



Saya suka pakai losyen ang wangi .Kalau saya pakai losyen wangi kulit saya jadi macam ni gatal. Tapi taklah seteruk dalam gambar tu. 

4) Jangan garu bila gatal.

Saya faham. Gatal ya ampunnnn. Tapi bila kita garu dengan bersungguh-sungguh akan lebih merebak rebak tak baik baik. Kena tahan. Bertabahlah. It's not easy.

5) Sapu aloe vera.

Saya guna aloe vera yang original. Aloe vera boleh kurangkan kemerahan pada kulit tapi untuk sementara. Saya sapu ulang kali.

6) Supplement

Haritu saya pernah tunjukkan eczema + alergik saya kat ahli farmasi. Dia terkejut dia ingat penyakit kuku,tangan dan mulut. Hahahhahaha. What.?😅. Pastu saya bagitau ni saya ada eczema. Dia cadangkan ambil supplement probiotik. Ahhhhh guess what, tak berkesan pun untuk kulit saya. 😅. Tapi saya makan vitamin cod liver oil gold tapi itu untuk tujuan makanan tambahan je. Bukan sebab saya ada eczema saya makan tu. hihi. Jadi tiada supplement spesifik yang saya ambil untuk eczema saya.

Seven Seas Cod Liver Oil Gold
                                           
Kesimpulannya:

Apa yang saya nyatakan di atas adalah kisah benar. Produk yang saya nyatakan adalah yang berkesan untuk saya dan kulit saya., dan kulit kita masing-masing mempunyai reaksi yang berbeza. Kalau gatal-gatal korang teruk sangat lebih baik jumpa doktor,biar dorang kaji kulit korang tu ada masalah apa sebenarnya.😅 Sekarang ni eczema+ alergik saya dah jaraaaaaaaaaaaaaang nak ada. Bila eczema/gatal-gatal saya tu muncul, memang susah nak tidur malam. Gateeel!.

Ok bai!


Tiada ulasan: