Selasa, 17 Julai 2018

Review: Hiruscar Anti Acne Spot Gel Terbaik

Assalammualaikum dan hai guys!

Post harini saya nak buat quick review ubat jerawat yang saya gunakan sekarang, iaitu produk HIRUSCAR Anti Acne Spot Gel.

Saya memang nak cari ubat jerawat yang baru sebab ubat jerawat yang saya biasa pakai selalu buat jerawat saya jadi bernanah/ masak/kembang pastu pecah baru kering.

Dipendekkan cerita, Saya pergi Watsons pastu terus pegi bahagian ubat-ubat jerawat tu, Then nampak produk ni sebab saya tak pernah cuba lagi.😆 Saya tengok Hiruscar ni bukan saja ada produk untuk  jerawat tapi ada juga untuk parut, Hiruscar Post Acne, Pencuci muka dan Serum. Tapi saya tak lah beli tu sebab tujuan utama nak beli ubat jerawat je.

Harga produk ni lebih kurang RM21.90 kat Watsons. Pakej dalam bentuk tiub. First time bila saya apply ubat jerawat ni, dia ada bau bawang,serius. hihi. Tiada rasa pedih atau gatal-gatal. Cuma rasa sejuk-sejuk je.

Tiub Hiruscar Anti Acne SPOT GEL


Ingredients, nampak tak onion di situ

Specially formulated for acne prone skin. Hiruscar Anti Acne spot gel contains salicylic acid with anti acne benefits for reducing acne problems like comedones (blackheads, whiteheads) , papules and pustules as well as Vitamin C derivative to lighten acne spot and dark marks. It also contains MPS to regulate sebum production through maintaining skin's required moisture level and other natural ingredients (Allium Cepa, Aloe Vera extract and Dipotassium (Licorice) Glycyrrhizate), which are skin friendly.
Tested Non Comedogenic, Hypo-Allergenic


Setakat saya pakai produk ni, okay, kulit tak terbakar. Bila saya pakai ubat jerawat ni jerawat saya jadi surut, dia tak mengembang dan jadi bernanah macam ubat jerawat lain yang saya pernah pakai. Selain jerawat saya sapu juga kat whitehead.😆

*Rasa macam nak try Hiruscar Post Acne. Harga untuk Post Acne tu mahal sedikit RM30++.

Ok bai!

Tiada ulasan: