Ahad, 22 Julai 2018

Review: Pond's Flawless White Untuk Parut Jerawat

Assalammualaikum dan Hai!

Tiga bulan lepas, saya decide untuk cari skincare yang baru, saya nak move on dari Jannalawwa. Sebabnya:
  1. Susah nak cari kat kedai, kena beli online
  2. Bila beli online lambat sampai
Saya bercadang nak beli skincare kat Watsons je sebab senang dekat dan mudah. Sebelum decide nak beli skincare apa saya buat research dulu. Cari real testimoni. Time cari-cari produk drugstore di Google, saya tertarik dengan testimoni orang ni. Testimoni luar negara,bukan Malaysia. Dia pakai Pond's Flawless White dah bertahun-tahun dan produk ni membuatkan kulit dia pulih dari jerawat dan parut. Banyak juga testimoni yang cakap benda yang sama.



Bila dah macam tu, apalagi terus lah cari kat Watsons. Tengok ada dijual. So, saya beli krim siang, krim malam dan pencuci muka. Pond's Flawless White ni juga ada krim untuk bawah mata dan intensive care (macam serum gitu).

Sebelum nak beli tu saya baca description kat kotak tu ''Menyamarkan noda hitam, noda bekas jerawat dan membantu meratakan warna kulit. Bangun pagi dengan kulit yang tampak lebih cerah dan bercahaya.''. Baca macam tu, terussss bayar.

Packaging dia nampak mewah


Selama 3 minggu saya guna Pond's ni saya rasa macam tak berikan apa-apa kesan pun pada kulit saya,parut pun menunjukkan tiada tanda pengurangan walaupun sedikit. Malah Whitehead saya bertambah banyak kat pipi. Mula-mula tu sikit je, okaylah lagi,saya teruskan lagi, tak lama lepas tu berhenti sebab krim malam saya terjatuh kat lantai. Habis tumpah. Mungkin itu suatu tanda yang diberi supaya saya patut berhenti dari menggunakan produk ni. Hihi.

Cantik kan pink gitu

Pencuci Muka Pond's Flawless White

Kesimpulannya,

  1. Packaging Pond's ni cantik tapi berat dan susah nak buka, balik-balik tergelincir kat tangan.
  2. Produk ni tak murah sangat dan tak mahal sangat. Krim Siang dan Malam dalam harga RM30+ +dan Pencuci muka RM20++
  3. I want to love this product tapi dah tak berkesan whitehead pun menambah.
  4. Sekarang ni cuma pakai pencuci muka dia je. Sayang tak habiskan membazir 😅

Ok bai.



Tiada ulasan: