Selasa, 10 Julai 2018

Review: Hilangkan Kutil atau Mata Ikan Di Kaki Dengan Carnation Footcare

Assalammualaikum dan hai hai hai..

Kali ni saya nak review produk untuk menghapuskan kutil atau mata ikan atau kematu di kaki. Hahhahaha saya tak tahu apa bezanya, mungkin besar atau kecil kot.

Mata ikan atau kutil ni kalau dah kena kat kaki memang sakit. Nak berjalan pun susah. Pakai kasut apatah lagi sakit. 

Mata ikan tu kemungkinan besar tumbuh disebabkan penggunaan kasut yang tak sesuai. Contoh, kasut  sempit, material kasut yang tak sesuai dengan kaki, atau tak pakai stokin. Hihihi saya selalu tu tak pakai stokin bila dah kena baru serik.


Saya ada beli jenama Duofilm tapi tak berkesan tak tanggal pun mata ikan tu. Jadi saya cari alternatif lain iaitu guna corn caps khas untuk kaki. Nama produk ni Carnation Footcare Corn Caps Medicated Plasters Active Constituent Salicylic Acid 40%.

Kalau korang ada Mata ikan @ kutil kat kaki terutama yang besar tu, sesuai lah pakai yang ni. Mudah je pakai, plasterkan saja di tempat yang bermasalah.

Apa yang saya perhatikan, bila dah pakai plaster ni untuk 3 hingga 4 hari, mata ikan tu dah jadi lembut dan mudah ditanggalkan Jangan terkejut bila kawasan sekeliling kulit mulai menggelupas atau tertanggal. Yang pasti ikut saja arahan produk tu. 

Selain tu rajin rajin gosok kaki dan kawasan kutil guna 'pumice' bahasa melayu apa ya batu gosok kasar ke?. InsyaAllah bahagian kutil akan cepat hilang malah kaki semakin licin dan lembut.😇

ambil dari google. Ah pakai ni gosok gosok kat kaki dan bahagian kutil tu. hihi pasti kaki akan tambah berseri 


Carnation Footcare ada 5 plaster kat dalam

Arahan
1. Cuci dan keringkan bahagian kematu
2Lekatkan sekeping plaster di tengah kematu dan tukar setiap dua hari
3.Jangan tanggalkan kematu sehingga selepas hari keenam. Jika tidak mudah ditanggalkan teruskan rawatan sehingga hari kesepuluh
4. Hanya 3 kematu sahaja boleh dirawat pada masa yang sama
Pesakit kencing manis mesti mendapatkan nasihat doktor. 
Yang bulat merah tu span, supaya bila jalan bahagian kutil tu akan kurang tekanan dan kurang sakit.


Harga dalam range RM7-8. Saya beli kat Guardian Ini yang berkesan untuk saya dan saya share.😇

Ok bai.

Tiada ulasan: