Khamis, 2 November 2017

Review: Treatment di Estetika Medispa Untuk Jerawat dan Parut (Worth it or Waste It)

Wassup!
So it happened, disebabkan perasaan ingin tahu dan suka mencuba tu terlalu tinggi, saya pun Whatsapp lah estetika medispa tu untuk buat appointment. Esoknya juga saya pergi spa tu lepas saya Whatsapp tanpa rasa was was. Hajat di hati nak buat untuk sekali sesi je. Yelah nak try kan. Dah sampai tu buka je pintu, cakaplah nama saya, ada buat appoinment kelmarin via Whatsapp. Okey staf tu pun terus suruh masuk bilik konsultasi. Dalam tu ada mesin untuk scan muka, mesin tu boleh tahu jenis kulit dan masalah kulit kita. So, lepas scan tu hasilnya adalahhhh
  1. Jenis kulit: kombinasi (selama ni saya ingat jenis oily skin)
  2. Parut: Hampir 90% permukaan muka. Cis.
  3. Masalah: 50% untuk berjerawat dan 50% untuk berjeragat. Dia kata muka saya ada jeragat di dalam kulit muka. Wow jeragat di dalam kulit
  4. Cadangan: Mesobright treatment untuk parut memandangkan kulit saya lebih banyak parut daripada jerawat.



So selepas staf tu cadangkan ambil treatment Mesobright tu, saya pun cakaplah saya nak try sekali sesi je boleh ke?. Pastu staf tu katalah ''Boleh tapi Rugilah awak ambil sekali je.Sekarang kami ada buat promosi 10 sesi RM1200, kalau awak buat sekali harga dia RM250''. Saya pun berfikir. Fikirlah sangat.
  1. Satu sesi RM250
  2. Kalau nak buat 10 kali tapi tak ambil pakej 10 sesi (RM250 x 10 = RM2500)
  3. Kalau ambil pakej 10 sesi RM1200  
  4. Penjimatan (RM2500 - RM1200) = RM1300
  5. Dahlah tak bawa duit banyak. Jadi saya bayar separuh RM600 next session 2 minggu lepastu baru saya bayar RM600

Jadi saya pun setuju. πŸ˜¨πŸ˜¨πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™‰πŸ™‰πŸ™ˆπŸ™ˆ
Staf tu cakap saya bukan saja leh buat rawatan Mesobright, saya juga boleh buat untuk acne clear dan carbon peel.
Sekaranag ni saya dah buat 8 sesi
.
8 sesi yang sudah di lalui tinggal dua sesi lagi

Disebabkan banyak aktiviti yang saya buat sepanjang treatment contohnya menyertai  Jom Kurus 1 Malaysia dan larian Marathon, sedikit sebanyak menyebabkan jerawat saya naik. Nasib baik juga ambil pakej treatment ni, so bila naik jerawat saya leh buat treatment untuk acne. Taklah jerawat tu merebak jadi banyak. Adoi lah.
Dalam salah satu step untuk treatment Meso dan Acne ,dorang ada letak solution. Pedihhhh gila tapi kejap ja. Berair mata juga tahan. Dia cakap solution tu untuk hapuskan bakteria. Padan muka bakteria. Rasakan, hahaha. Solution ni juga boleh buat kulit saya menggelupas sikit taklah teruk sangat.

Kesimpulannya, is it Worth it or Waste it?????
  1. Treatment ni boleh buang whitehead dan blackhead,
  2. Adakah jerawat berkurang lepas treatment? Jawapan : Ya tapi jerawat tu tumbuh je hahah tapi tak banyak lah
  3. Adakah parut berkurang? Ya parut hitam kecil kecil dah berkurang dan saya perasaan muka saya dah kurang kemerahan.
  4. Adakah muka jadi cerah? Ya ya ya muka jadi cerah semula jadi. Takdelah cerah macam korea. Cerahlah tak kusam.
  5.  Parut berlubang berkurang tak? Okey ni tak lah. Ni kena buat rawatan laser. Estetika Medispa ni ada sedia rawatan laser juga untuk parut dalam. Saya tak bersedia lagi. Tak leh kena matahari kalau dah buat laser ni. Kena jaga betul betul. Tengoklah kalau saya dah yakin saya buat. dan mestilah akan buat review kalau saya dah buat.
  6. Dalam tempoh berapa lama buat treatment? 2 hingga 3 minggu sekali.
  7. Bagaimana dengan servis? Staf dia semua baik baik, membantu dan cantik.
  8. Is it worth it or just waste of money? Of course worth it. Sangat Berbaloi.
Review ni sangat jujur dan tak di bayar okey. Ni untuk perkongsian kepada sesiapa yang rasa nak pergi tapi ada rasa ragu ragu atau tak yakin. Boleh lah baca ni dulu. Kita cuba dulu baru tahu hasilnya. Boleh je try untuk sekali sesi je. Try lah. Manatau okey.

P/s: Lelaki pun boleh buat rawatan kat tempat ni sebab dorang ada staf laki juga.


Follow Me on Instagram πŸ˜ƒ Klik Link Di Bawah



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq. boleh cuba nanti

mira syu berkata...

Hai syafiqah, nk tanya brapa kali treatment awk pegi untuk nmpk parut jerawat tu berkurang?

Syafiqah Al berkata...

Hai mira, Saya buat rawatan Mesobright tu dalam 3 kali nampak dah perubahan sikit.(tak drastik)

a)Kalau awak ada parut jerawat yang hitam/berpigmentasi/whitehead/blackhead boleh lah buat Mesobright atau Carbon Peel. Kalau nak cuba lebih baik cuba untuk sekali session dulu tengok reaksi kulit awak macam mana.

b)Kalau parut awak jenis berlubang boleh la buat treatment laser. Tapi laser tak boleh kena matahari selama seminggu-2 minggu dan 'downtime' selama 4 hari. (Masa 4 hari tu kulit jadi merahhh sangat macam terbakar dan tak boleh pakai pencuci muka, adik saya lelaki pernah cuba rawatan laser ni sebab dia ada parut berlubang yang dalam.)

tapi bagi saya setelah buat rawatan selama beberapa kali, apa yang saya dapat simpulkan adalah rawatan ni membantu TAPI cuma sedikit bukan 100%.


mira syu berkata...

ohh yeke.. skrg dah berapa session awak pergi? and honestly berbaloi tak awak rasa?

Syafiqah Al berkata...

Saya dah pergi 9 sesi.Bagi saya berbaloi untuk sekali sesi je. Tapi untuk 10 sesi pakej yang saya ambil diaorg cuma tawarkan rawatan yang sama je (terutama untuk treatment acne treatment dan mesobright) jadi rasa bosan. Sebab pakej tu tak termasuk rawatan lain2 yang ada kat spa tu. Ada banyak lagi rawatan yang menarik kat spa tu yang boleh di cuba contohnya rawatan vit c dan sulam bedak.

juju μ£Όμ£Ό berkata...

Sy baru buat treatment vit c sempena promosi pembukaan cwngn baru estetika medispa. Sblm tu dicadangakan buat mesobright sbb scan muka jeragat banyak n brownspot(jeragat bwh kulit) banyak tp sbb sy jenis kulit kering sikit jd tak berani sbb ada kesan peeling kan.. so lps buat treatment vit c, ok.. muka nmpak bersih sikit.. cuma lps treatment tu bila pakai mosturizer sblm tidur mcm pedih2 sikit.. sikit je la.. Maybe kesan suction waktu buang whitehead/blackhead kot. Skrg tgh pertimbangkan utk ambik pakej advance treatment sbb ada diskaun 50% dr rm1500 dpt rm750 utk 10 treatment(any treatment yg berharga rm250 ke bawah), limited 1 oxyceutical,gold & diamond treatment. Mcm berbaloi sbb yg ni blh 2x bayar.. tp itulah masih berkira2 nk ambil ke tak..

Unknown berkata...

Juju..awak buat kat cawangan mana ya

Tanpa Nama berkata...

Hai syafiqah.. sy baru nk buat treatment mesobright ni.. skrg dh 7 tahun berlalu.. macam maner dgn kulit awak ye..sy risau Ada kesan sampingan πŸ˜”.. Harap awak boleh bg komen…