Ahad, 4 Februari 2018

Review: Aqua Pore Luminous@ Pore Eraser dan AQUA Light Perfect HD

Assalammualaikum.. Hai hai. Okay kali ni saya nak review AQUA Pore Luminous@ Pore Eraser dan AQUA Light Perfect HD. Dua dua produk  ni saya beli di Amanjaya Mall Sungai Petani. Time gi bercuti kat sana. So kisahnya saya ternampak booth AQUA kat mall tu. OMG. Memang saya nak cuba produk AQUA ni memandangkan bila buka Facebook asyik ternampak je iklan testimoni orang-orang yang guna AQUA ni. Testimoni yang saya tengok tu nampak semua yang positif je. Jadi saya pun terus gi booth tu. Memandangkan hari saya gi tu bukan weekend jadi tak ramai orang. Saya pun terus minta kat staff tu saya nak beli Pore Eraser tu satu. Tak payah panjang lebar. πŸ˜‘ . Pastu tetiba staff tu tanya ''pernah pakai eh?'' Saya jawab lah ''tak pernah''. ''Nampak kat Facebook eh?'', Lalu saya jawab ''iya betul''. Tanya lagi''Awak nak cek muka tak?''. Dalam hati taknak. Yela tempat tu terbuka, manatau ada orang ramai tiba-tiba lalu lalang, nampak muka kita kat skrin laptop tu. hihihi. Pastu adik saya cakap'' Cek je lahh, free kan.''πŸ˜‘. Pastu tengok kiri kanan. ''Okey boleh.''Nasib tak ramai orang time tu sebab awal pagi lagi hahah. 





Pastu dia cek lah muka kita guna alat dia yang bersambung kat laptop. Dia kata ''Muka awak berminyak ni, hah ni minyak ni sambil tunjuk kat skrin laptop.'' I was like ''Ya okey minyakk😭.''

''Okey awak guna Pore Eraser ni sebelum awak cuci muka, lagi senang awak pakai sebelum awak pegi berwuduk awak pakai dulu ni'' ''Okey''

Pastu dah balik hotel tu nak solat Zohor terus pakaiii okeyy. Sebelum cuci muka guna Jannalawwa BubbleLawwa Facial Wash (produk jannalawwa terbaru) So awesome okey.(saja nak bgtau) Saya letak sikit kat kapas, lap perlahan-lahan,terus keluar segala kotoran okey. Lepas pakai tu,rasanya segar dan sejuk-sejuk gitu.

Baru 3 hari guna mak saya dah tegur ''mmmm nampak okey'' " Mama pun mau lah'' . I'm like''yah okey mari beli lagi πŸ˜“hihi''. So untuk kunjungan kali kedua ke booth tu saya beli satu set. Beli Pore Eraser dengan Foundation dia tu dapatlahh free gift lip balm.

Kesimpulan selepas sebulan guna Pore Eraser:
  • Kalau guna 5 kali sehari cepat habis jadi saya terhadkan 2 kali sehari sebelum subuh dan sebelum tdo.
  • Kurang whitehead di muka. Yela whitehead ni dia pandai tenggelam timbul, pore eraser ni membantu mengurangkan whitehead saya.
  • Muka rasa lebih segar.
  • Nak beli lagi tak??. Beli kot. Hihi Pore Eraser ni mcm supplement tambahan. Kita masih boleh guna produk muka yang kita guna sekarang cuma tambah pore eraser ni di awal rutin.
  • Kalau tak sesuai sila berhenti. Bila  Adik saya guna, muka dia jadi menggelupas dan kering jadi dia tak leh pakai. πŸ™Š
  • Harga RM90 untuk 100ml. Dia cakap ada diskaun Harga asal RM120.
  • Bagi berapa bintang?🌟🌟🌟🌟🌟 o yea





Nampak tak dah nak habis


Foundation dia ni pula mmm Tekstur dia light,ringan,coverage dia tak cover sangat. hihihi.Yela nama pun natural finish Bagi saya semacam putih untuk kulit saya dan Sedikit berminyak untuk kulit saya.

So,kesimpulan Foundation AQUA Light Perfect HD
  • Harga satu RM60 Harga asal RM75. Saya beli kombo RM150.Dalam tu ada 10 ml,bagi saya sikit. hihihi
  • Boleh lah kalau nak pakai kat rumah time tetamu datang tapi still nak nampak natural ataupun gi jenjalan yang santai yang tak nak foundation yang heaaavy.
  •  Nak beli lagi tak?? Tak.
  • Bagi berapa bintang?🌟🌟🌟




    Cute x?

So, itu je. Selagi kita tak cuba tak tahu kan??. Bagi saya, bagi sayalah Pore Eraser/Pore Luminous sangat okey sesuai dengan kulit saya dan saya akan teruskan sebagai rutin harian saya. Okey baii πŸ˜„


Follow Me On Instagram😁Klik Link Di Bawah


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi, guna lagi taj product ni? macam nak try tapi takut hehe

Syafiqah Al berkata...

Hi, thank u komen. Saya dah tak pakai dah aqua ni sebab buat kulit saya kering. Kalau awak nk guna mungkin boleh try selang sehari atau dua hari.

aremaysronwaza berkata...

Betul la sy baru guna 2 kali muka jadi kering...

Unknown berkata...

Saya hampir2 nak saman mereka..dah sampai ke biro aduan pengguna sbb mula2 tu depa langsi..tp bila dah tau sy nak bawak perkara ni jauh, barulah agen dia hubungi sy..menderita lebih setengah tahun akibat produk aqua ni.Lepas tu depa bagi sy produk pencuci muka simplycity dan moisturiser cellinique.Tapi xpalah sy habiskn beribu utk ke pakar dn rawat muka sy.Bila dh sembuh sy batalkn niat utk ambik tindakan undg2. Tobat dh lepas ni nak pakai produk sembarangan nak2 yg xde jual kt farmasi.

Syafiqah Al berkata...

Terima kasih share pengalaman. Tak ramai orang nak share pengalaman yang macam ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi.