''Apa ni. apa ni. ''Perempuan manada misai.'' "EEEeee kenapa awak ada misai?.'' ''EEEeee apasal kau ada misai.tebal pulak tu.''
Itu antara komen-komen yang diberikan oleh lelaki lelaki yang sangat cetek ilmu pengetahuannya terhadap perempuan. EMMMm like hello,perempuan pun ada misai. "Apasal dia takde ko ade." Dah nak buat macam mana memang genetik begini.Saya dah hadam sangat komen-komen sebegini dari orang sekeliling terutamanya lelaki. Secara tak langsung,benda ni akan buat self-confident rendah dan tak nak bercakap dengan orang terutamanya lelaki.
Saya mula cukur/cabut misai sejak dari sekolah menengah lagi. Sebabnya,lelaki selalu ejek saya. "Weh tebalnya misai kau,kalah aku.'' You know the next day hari sekolah tu jugak saya cabut semua bulu misai tu. Everybody was like ''Woah,ko cukur misai eh.'' And the next thing you know, khabar angin tentang saya cukur misai tersebar di seluruh sekolah. Apahal. Siap ada budak junior mesej "Salam akak, akak cukur misai eh?," Apakah semua ini?. Adakah tindakan saya mencukur misai sangat memberi impak kepada semua orang di sekolah itu?Adakah mereka berasa sedih jika saya tak bermisai?.. Kalau dah heboh macam ni satu sekolah.. buat derkk je lah.. Embrace it. Ambil, terima segala cercaan lama-lama dorang pun diam.tapi memang malu lah.π£π£
Cukur/Cabut misai ni for me is normal. Normal lahh normall!!! Tolong lah faham. Disebabkan perempuan lain tak berbulu nak bandingkan pula. Apahal(emo) Normally saya akan cukur je guna pencukur perempuan tu (Schick Exacta 2 with aloe vera). Cukur biasanya tak digalakkan oleh para beautician, tapi saya hentam je lah selagi tak sakit dan tak menyebabkan area tu sensitif atau keradangan..Hahhahahaha. Kalau guna 'tweezer' tu halamakkk sakitnya. Beair mata dibuatnya. Sama lah dengan 'threading' yang guna benang tu. Biasa di salon kecantikan diaorang guna teknik 'threading' ataupun 'waxing'. Threading tu boleh je buat kat rumah,guna benang je. Nak laser pun boleh. Tapi saya takdalah sampai nak pergi butik kecantikan,sampai nak laser. Buat kat rumah ja. Sekarang kat farmasi farmasi pun dah banyak dijual produk untuk tanggalkan bulu upperlips. Contoh jenama Veet (Veet Sensitive Touch guna bateri dan Veet Wax Strips).
Kesimpulannya, kalau korang belum pernah cukur or cabut misai tapi nak cuba buat tak kiralah nak gi salon ke buat sendiri,sila bertabah dengan ajuan soalan dan kritikan dari orang ramai.Embrace it. Well,this is life. Now I just don't care.haha.
Ok bai.
Veet Sensitive Touch |
Kesimpulannya, kalau korang belum pernah cukur or cabut misai tapi nak cuba buat tak kiralah nak gi salon ke buat sendiri,sila bertabah dengan ajuan soalan dan kritikan dari orang ramai.Embrace it. Well,this is life. Now I just don't care.haha.
Ok bai.
Klik Sini untuk Follow π
Tiada ulasan:
Catat Ulasan