Rabu, 7 November 2018

Review: Safi Lidah Buaya dan Hiruscar Post Acne

Assalammualaikum dan hai hai hai..

Happy November everyone.. hahaha Saya tak tahu macam mana nak buat pembukaan yang tak cringy hihi. Okay sambung ke isi sebenar. 

Selepas beberapa lama dah mencuba Hiruscar tu akhirnya saya menemui jalan buntu. Saya tak tahu lah makin hari pakai makin tak sesuai (keluar jerawat dan whitehead) so saya berhenti pakai Hiruscar tu dan cuba pakai Safi Lidah Buaya yang warna hijau tu. Saya beli satu set. Okey. Saya nak beli sebab baca review yang best-best lepas dorang guna safi hijau tu. Jadi saya pergi belilah. Lagipun tujuan dalam hati memang nak cari skincare yang mampu milik dan SESUAI dengan saya.