Khamis, 2 November 2017

Review: Treatment di Estetika Medispa Untuk Jerawat dan Parut (Worth it or Waste It)

Wassup!
So it happened, disebabkan perasaan ingin tahu dan suka mencuba tu terlalu tinggi, saya pun Whatsapp lah estetika medispa tu untuk buat appointment. Esoknya juga saya pergi spa tu lepas saya Whatsapp tanpa rasa was was. Hajat di hati nak buat untuk sekali sesi je. Yelah nak try kan. Dah sampai tu buka je pintu, cakaplah nama saya, ada buat appoinment kelmarin via Whatsapp. Okey staf tu pun terus suruh masuk bilik konsultasi. Dalam tu ada mesin untuk scan muka, mesin tu boleh tahu jenis kulit dan masalah kulit kita. So, lepas scan tu hasilnya adalahhhh
  1. Jenis kulit: kombinasi (selama ni saya ingat jenis oily skin)
  2. Parut: Hampir 90% permukaan muka. Cis.
  3. Masalah: 50% untuk berjerawat dan 50% untuk berjeragat. Dia kata muka saya ada jeragat di dalam kulit muka. Wow jeragat di dalam kulit
  4. Cadangan: Mesobright treatment untuk parut memandangkan kulit saya lebih banyak parut daripada jerawat.

Sabtu, 21 Oktober 2017

Emotional Acne Story

Yup. Waddup guys!!

For me acne is a very very very veeeeeeeeeeeerrrrrrrrryyyyyyyyyyyyy emotional things to talk about. Kita sendirii pun emosi dengan jerawat sendiri ,,apalagi bila orang orang yang tak di kenali tegur tegur jerawat kita. Yelahhhh muka kita takdelah seflawless macam orang lain.Dipandang jijik je.

Bila nampak orang dengan jerawat banyak mulalah nak tegur. Eh kenapa muka awak tu? Awak ada resdung ke? Awak pakai pencuci muka apa ssampai jadi macam ni? Eh kenapa buruk sangat muka tu? Sambil tengok muka dekat dekat... Serius boleh takkk simpan kata kata kejam tu dalam hati, takdelah kejam sangat punn. tapii bende ni emosii. Keep it for yourself. Tak payah nak mesra sangat nak ambil berat nak tanya itu ini.rekemen itu ini.. hahahhahaha. 

Jumaat, 25 Ogos 2017

My Lipsticks Collection

Hai!
Lipstick ataupun gincu adalah benda yang paling di gemari oleh semua wanita wanita dan gincu adalah perkara asas yang mesti di miliki oleh wanita. Yeke? . So kali ni saya mahu perlihatkan antara koleksi gincu dan lipbalm yang saya miliki sehingga ke hari ni dan koleksi ini pastinya akan tetap bertambah tambah di masa akan datang.Huahuahua..what a nerd introduction

SOooooo Let's begin..

Elianto

Isnin, 24 Julai 2017

Review: Lotus Mole Cream Organic Hana. Menghapuskan Kutil dan Tahi Lalat di Muka

Kutil eeee!! Yup! Kutil saya ni dah berkurun lama bertapak di muka dannnnn saya takdalah ada usaha untuk mengubatinya sebabbb hahahah orang ingat kutil kat muka saya ni adalah tahi lalat. Whatt!! Bukan je kat muka kat tapak kaki pun ada dan ni memang dah lama sehingga akar kutil tu dah mencengkam jauhh kedalam kulit tapak kaki tu.hahaha ewwww. Tetapi di tahun 2017 saya telah memulakan langkah untuk mengubati kutil di muka dan tapak kaki ni itu pun sebab adik saya ada beli ubat kutil jadi saya pinjam lahh bukan dia nak pakai sebotol tu. hehehe. Dan percubaan saya berjaya. Ya berjaya. Terus hilang SELEPAS melalui proses yang memedihkan. Kutil di tapak kaki ambil masa sikit lebih kurang 3 minggu ya sebab kutil tu memang telah mencengkam dengan akarnya yang kuat hahahah.Tapi wehhh pedih wehhh. Sakit. Jalan pun susah. Tapi yang pedih tu baru syok baru thrillll baru rasa macam berkesan. Itu bagi sayalah..😁. Kutil kat muka lak dalam masa seminggu lebih ja dah tertanggal. Ubat kutil ni dia sekalikan dengan Vitamin E tapi tak guna pun sebab saya ada krim vitamin saya sendiri hhehe jadi guna yang saya punya je. Vitamin E tu di sapu lepas kutil tu tertanggal. Saya sapu kat muka ja kat tapak kaki tak payah lah. Bukan ada orang nak 'belek' pun. Ubat ni akan tinggalkan kesan macam burn macam tu di tempat kutil tu jadi akan nampak kehitaman.Oleh sebab tu pakai betul betul kat tempat bermasalah tu. Jangan bagi kena kat area lain. Bahaya wooo. Produk ni dia ada bagi lidi hahah tapi saya pakai cotton bud ja.Overall.. produk Lotus Mole Cream ni memang berkesan.

Isnin, 16 Januari 2017

Rahsia Kulit Badan Halus Mulus Putih Berseri

Ya itulah tajuknya.Ke arah mendapatkan kulit yang halus lagi mulus. Kulit badan antara lain yang perlu di jaga selain daripada kulit muka. Ia memerlukan usaha dan kerajinan. Jadi jangan pernah luntur semangat untuk cantik. Kebiasaannya masalah utama kalau kulit badan kita ni adalah celah celahan seperti peha,ketiak.. Kalau yang peha bergeser lahh lagi lah menambah kehitaman di celah peha tu. Adeh. Bagi mengembalikan atau menyerikan kembali celah celah yang hitam tu pakai lah losyen badan. Saya dengan losyen berpisah tiada. Dulu "time" sekolah menengah saya suka sangat pakai bedak badan tapi bila kata boleh kena kanser lah kalau letak bedak celah peha terutamanya, terus saya tak pakai dah. Tukar pakai losyen sampai lah sekarang. Dannnn memang ternyata berkesan. Kulit sihat tak kering dan tak hitam serta tiada pigmentasi. Jenama pilihan Nivea, johnsons & johnsons , vaseline. Top 3 favourite. Tapi untuk masa sekarang saya guna yang niiii: