Isnin, 23 April 2018

Sebelum dan Selepas Review: T3 Ada Gel (Adapalene Gel 0.1%) dan Cetaphil Gentle Cleanser

Assalammualaikum ,,,, Hello

Kali ni saya nak share pengalaman adik lelaki saya menggunakan Ada T3 Gel dan Cetaphil Gentle Cleanser.
👀👀👀
Bila umur adik saya  mencecah 17 tahun, masa tu dah nampak dah jerawat tumbuh sikit-sikit. Bila dah umur 18 tahun jerawat adik saya tu makin bertambah-tambah sampai penuh pipi kiri dan kanan. Tambahan time tu dah masuk kolej makin rancaklah jerawat tu tumbuh. Haihhh, biasalah kalau budak lelaki pergi kelas bukan nak pakai payung macam budak perempuan, dibiar jeee matahari memanah muka sampai berminyak-minyak muka tuu.Jerawat adik saya tu takdalah yang teruk sangat yang sampai bernanah-nanah besar, jerawat dia kecil -kecil tapi banyak dan buat muka dia tampak kemerahan. Dia tu dahlah putih. 

Banyak juga produk yang dia dah cuba sepanjang waktu tu. Terutama produk pencuci muka. Bila buka kabinet kat bathroom tu penuhhhhh dengan pencuci muka dia je. Charcoal lah. Tea Tree lah. Ok. That's the hardest part, mencari produk yang sesuai dengan kita. Dan saya sangat paham dengan kepayahan itu. Dulu pun saya pernah menghadapi masalah yang sama. Tak semestinya awak sesuai produk ni, orang tu sesuai produk yang sama. Mungkin disebabkan bahan-bahan yang ada dalam produk tu membuatkan kulit jadi sensitif/alergik. Dia juga pernah pergi jumpa dermatologist kat Kuala Terengganu tu. (Agak femes). Takkkkkkkk jadi!Mahal pulak tuu! Mahal tapi tak berkesan. Doktor tu suruh buat appointment setiap bulan. Tapi kalau sampai dua bulan tak jadi juga. Hmmmm baik tak payah lah... Dia pun tak nak. Dah lah jauh dari rumah Macam tak berbaloi jee.. Harga lebih kurang RM300++/Session. Tapi dia ambil nasihat doktor untuk pantang SEAFOOD dan dia juga pantang makan TELUR dan KACANG.




After a year (19 tahun), barulah dia jumpa produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit iaitu Cetaphil Gentle Cleanser. Memula dia try Cetaphil untuk yang oily skin tu tapi tak sesuai. Then dia cuba yang Gentle Cleanser ni, dia rasa sesuai. Jerawat tak mengganas. Ok! Itu yang paling penting. Masa ni dia pakai pencuci muka ja ,adik lelaki saya mana nak pakai krim kecantikan macam perempuan. Beberapa bulan lepas tu baru dia try pakai T3 Ada Gel ni. Pharmacist yang rekemen kat dia. Dia try. Surprisingly, hasilnya sungguh dramatik. Muka tak merah, jerawat parut kurang, jerawat hampir takda. Baru beberapa bulan guna dah elok. Alhamdulillah. Sesuai. Harganya juga murah RM23.90 tak silap saya. Cuma Cetaphil tu je lah yang mahal sikit. Tapi saya rasa yang banyak membantu kulit muka dia adalah T3 Ada Gel ni. Gel ni apply kat kawasan yang bermasalah je.

T3 Ada Gel 0.1% (Cantik sgt gambar yg dia ambik😒)


Kesimpulannya:

  • It takes times to find a suitable product for you. Keep Searching.
  • Not every dermatologist can cure your skin.
  • My brother have a strict food regime/routine. (NO Seafood,Eggs,Any Product Contained eggs.Nuts, Any product contained nuts). (Not Happened overnight, saya nampak time memula dia pantang tu agak struggle.) Sekarang ni muka dia nampak lebih berseri dari saya 😅
  • Cheap but it works. Why not!
  • Always try and error. STOP using the products, kalau kulit getting worse.
  • Stay Strong!!
Sebelum dan Selepas (Side yang sama dan baju yang sama). Selepas tu nampak dah kurang. O yea! Gambar amik kat instagram dia 😂😂
Ok itu je.  Ok bai.

Boleh tengok post sebelum dan selepas Cosmoderm Tea Tree pulak 😇

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf, boleh Saya tahu mana nak beli T3 gel tu?

Syafiqah Al berkata...

Boleh beli produk ni di farmasi. Pernah juga try tgk kat Watsons dan Guardian tp takde. Harap membantu.

Su berkata...

T3 adapalene tu sama tak dengan differin sebab adapalene 0.1% jugak cuma brand lain, tengok review org putih pakai akan breakout dalam 2 - 3weeks baru skin clear, adik awak pakai ok terus atau ada purging jugak?

Syafiqah Al berkata...

Salam. thank you komen. Saya rasa sama je sebab adapalene 0.1. Adik saya dia takde breakout yang teruk rasanya terus kecut. Muka dia punjadi kurang merah-merah. Mungkin lain orang lain reaksi kulit.