Jumaat, 28 September 2018

Pengalaman: Eczema dan Alergik Gatal-Gatal Yang Buat Tak Tidur Malam

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Pada kali ni saya nak cerita tentang penyakit eczema dan alergik. Saya dapat tahu yang saya ada eczema dan alergik bila saya jumpa doktor kulit.  Saya tergerak hati nak pergi sebab gatal-gatal kat kulit saya kerap kali berulang dan lambat sangat nak baik walaupun saya dah pakai pelbagai krim gatal dan makan pelbagai ubat serta supplement.

Macam ni keadaan tangan saya kalau penyakit dah datang.

Khamis, 27 September 2018

Review: Cosmoderm Eye Gel, Dr. G Actifirm Eye Cream dan Loreal Revitalift Eye Mengatasi Kering Bawah Mata

Assalammualaikum dan Hai hai hai.

It's been awhile. Saya nak cuba update seminggu sekali hahahaha. Tapi hihi busy kan. 

Kali ni saya nak review produk eye cream pula. Yela semakin kita berusia semakin jelas garis-garis halus bawah mata ni. Bukan sebab takut tua ke apa,garis halus tu tetap akan berlaku cepat ataupun lambat, tapi saya perasan makin lama bawah mata saya makin kering, pedih dan sensitif. Secara tak langsung membuatkan mata saya tak selesa. Saya ada juga cuba beberapa produk mata antaranya ialah:


Isnin, 10 September 2018

Sebelum dan Selepas Review: Supplement Grape Seed VitaHealth untuk Bekas Parut Jerawat

Assalamualaikum dan Hai hai hai....

Sejak kebelakangan ni, internet saya tak berapa nak laju jadi macam susah sikit nak update blog.😄
Mungkin sebab tinggal di kawasan kampung. Hihi Bila nak apply Unifi orang TM tu kata tempat ni takda lagi. Lamaaaaaaa lagi lah baru boleh merasa pakai unifi. Jangan kan Unifi, nak pasang Streamyx pun kena beratur panjang tunggu giliran. Takpa lah, guna hotspot je lah dulu  

Kali ni saya nak review supplement grape seed dari Vitahealth. Ini adalah kisah sambungan daripada review T3 Adapalene dan Cetaphil Gentle Cleanser. Boleh tengok pos saya sebelum ni.

Lepas jerawat adik saya dah hilang, kulit pun dah nampak rata, cuma ada parut sikit-sikit je dan lubang-lubang sikit.(okey, selama ni adik saya masih tak makan telur,seafood,kacang,minuman bikarbonat dan kafein, adik saya sangat berdisiplin dan sangatlah tahan diri. Kalau saya memang tak tahanlah.)

Saya rasa bila orang lain yang pernah nampak dan cakap-cakap kulit adik saya dulu yang penuh dengan jerawat merah dan bernanah pasti terkejut tengok muka adik saya yang sekarang. Sebab muka adik saya yang sekarang ni tiada jerawat, hampir tiada parut jerawat hitam cuma tinggal parut berlubang,itupun sikit je. Muka dia juga nampak berkilat dan berseri-seri. Orang mesti tak percaya adik saya suatu waktu dulu pernah berjerawat teruk.

Ahli farmasi yang cadangkan dia ambil T3 Adapalene tu ada pesan, bila jerawat dah surut pergi farmasi tu balik untuk rawatan parut jerawat pula. Adik saya cerita, ahli farmasi tu cadangkan produk hiruscar dan supplement grape seed tu. Adik saya taknak pula beli hiruscar dia cuma beli supplement grape seed tu sahaja. Harga RM60++. Supplement ni ahli farmasi tu kata untuk rawat parut jerawat.

Biasanya orang-orang kat luar tu cadangkan supplement vitamin E atau Vitamin C untuk parut. Jadi,saya cuba search google 'Grape seed Benefit for Skin'. Ternyata antara kebaikan dan kelebihan grape seed adalah kaya dengan anti oksidan, anti-inflammatory, digunakan untuk merawat jerawat,mencegah jerawat dan menyurutkan jerawat sedia ada serta menyamarkan noda jerawat yang sedia ada.

20 times stronger than vitamin C, 50 times stronger than vitamin E,fight free radicals to prevent cell damages. Improve blood circulation,maintain healthy skin, and promote general well being.Woww! Saya pun nak cubalah, banyak sangat kebaikan grapeseed.


Ahad, 2 September 2018

Kurangkan Sakit Senggugut Dengan Ini

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Period. Datang bulan. Hal yang akan dialami oleh semua perempuan. Biasanya hari pertama datang bulan tu yang akan rasa sakit senggugut. Bertabahlah.

Kalau saya, bila dah nak dekat period tu saya dah kurangkan minum dan makan makanan yang sejuk. Sebagai contoh air sejuk, air bikarbonat,aiskrim. Saya guna apps Period Calendar untuk track period saya setiap bulan. Jadi bila dah nak dekat period tu saya akan kawal pemakanan dan sentiasa berjaga-jaga.

Antara Feature dalam Period Calender. Boleh Add Mood dengan Pelbagai Emoji. 💓