Khamis, 28 Jun 2018

Review: Loreal White Perfect Total Recover Sleeping Mask Untuk Muka Berjeragat

Assalammualaikum dan Hai hai hai

Alkisahnya, bulan lepas saya dengan mak saya pegi ke Watson's , tujuannya nak cari pencuci muka baru untuk mak saya. Ronda-ronda dalam Watson's tu. Belek-belek. Sampai ke rak Loreal. ''Eh menarik''. ''Banyaknya sleeping mask Loreal''. Woah. Pastu saya tertarik dengan satu sleeping mask ni Nama produk ni White Perfect Total Recover Sleeping Mask Whitening + Oxidant Active With Pro White Complex + Vitamin E. ''Okay Recover,memulihkan ni'' . Mak trylah yang ni, sleeping mask untuk bawa tidur. Mak saya cakap ''okay lah'' Pastu saya suruh mak saya try Loreal HydraFresh Facial Cleanser,sebab muka mak saya kering dan berjeragat.

Mak saya tak pakai banyak produk sebab serik, bila pakai produk je muka mak saya bertambah berjeragat. Muka akan nampak gelap sebab pigmentasi kat muka, terutamanya di pipi. Jadi ni dah cukup sebulan mak saya cuba produk Loreal ni, muka mak saya dah berseri seri. Tapi takdelah nak tunjuk gambar, kesian mak saya jadi bahan testimoni hihi. Disebabkan perkembangan yang positif yang ditunjukkan oleh mak saya, haha, saya dan adik saya pun beli. Nampak tak. Sorang satu taknak kongsi. hihi. Jeles dengan muka mak yang dah berseri. Saya yakin sleeping mask ni punca mak saya hilang segala pigmentasi.

Unboxing:

White Perfect

Selasa, 26 Jun 2018

Pengalaman: Mengatasi Kayap (Shingles) Selama Seminggu


Assalammualaikum dan hai hai hai..

Post kali ni bukan berkaitan muka berjerawat ke muka berparut. Kali ni nak kongsi pengalaman dapat kayap. OMG. Ya kayap.
So here goes my story, Lepas pulang je bercuti dari Langkawi selama seminggu lebih, balik-balik je dari bercuti tu saya rasa lain macam kat badan ni. Saya ingatkan eczema saya naik sampai badan. Saya buat tak tahu je. Tidur pun tak selesa. Saya biarkan dalam 2 hari sebab saya ingat cuma eczema jadi tak decide nak pegi jumpa doktor lagi. Sebelum tu saya ada tanya mak saya, ‘’mak rasa ni sakit kayap ke’’. Mak saya cakap ‘’bukan ni’’. Sebab kulit saya cuma nampak kemerahan je memula tu takdelah berair atau bernanah. Tapi yang peliknya tu kulit saya tak gatal tapi pedih. Rasa panas. Dan eczema saya selalu kat kaki atau tangan ni lain kat badan. There’s when my anxiety kicks in. Memang risau. Dah sakit apa pula ni. Ya Allah takutnya.

Pada hari ke 3 saya dah mula nampak kulit saya ada berair-air dan berbiji kecil-kecil. Macam chicken pox. Tapi kecil-kecil. Okay bila dah macam tu, saya terus gi klinik. Then masuklah jumpa doktor.

Conversation antara saya dan Doktor:

Jumaat, 22 Jun 2018

Sebelum dan Selepas Review: Cosmoderm Tea Tree Untuk Muka Berjerawat

Assalammualaikum dan hai hai hai!!!

Haritu dah cerita before and after guna Cetaphil dan T3 Adapalene Cream tu. Kali ni saya nak buat before and after oleh adik perempuan saya. Ya, saya ada ramai adik beradik, dan memasing ada kulit berjerawat. Ya! It's in our blood. Turun temurun. Hahahahha. Kami juga punya kesesuaian produk yang berbeza-beza.

Adik perempuan saya ni, dulu-dulu... taklah teruk sangat jerawatnya. Tapi entah macam mana satu hari tu, muka dah elok, gatal nak try produk lain. hurmm... macam ni, adik perempuan saya ni, dapat breakout yang sangat teruk sebab pakai ubat jerawat dan rangkaian produk OXY. Memula breakout sikit je. Ada lah 2,3,4,5 ketul jerawat. Bila dia pakai OXY tu muka dia bertambah teruk dan terbakar. Bila dah breakout teruk tu mestilah risau. Gila tak risau. Dia try banyak juga produk, terutamanya produk-produk local. Sebagai contoh Glow Glowing, Tia Amelia, Dynas Skincare dan banyak lagilah. Memula tu memang okey nampak cantik putih. Tapi biasalah produk gini kena pakai selalu tak boleh tinggal. Bila malas pakai memang naik jerawat. Dia pun bukannya rajin sangat pun nak menempek sana-sini.

Awal tahun 2017, Adik saya dah tekad taknak dah guna produk-produk local ni. Jadi dia nak beli produk-produk kosmetik yang jual kat farmasi je. Lagipun produk kat farmasi hampir semuanya diiktiraf. So dia pergi farmasi kat Dataran Austin tu, situ je yang banyak jual produk kecantikan termasuklah COSMODERM TEA TREE. Masuk-masuk je farmasi tu, memang produk Cosmoderm yang menarik perhatian. So, untuk pertama kali, dia beli Facial Cleanser dan Moisturizer Cosmoderm Tea Tree just nak try and error lah kan masa tuu. Dia cuma pakai itu sahaja. Oo ya dengan COSMODERM TEA TREE OIL, OIL CONTROL SERUM.


Isnin, 4 Jun 2018

Review: Foundation Tutup Parut Jerawat : Urban Decay Naked Skin Foundation

Assalammualaikum dan Hai hai hai...

Sekarang ni dah pertengahan Ramadan. Tak lama lagi nak Hari Raya Aidilfitri. Time tu ramailah sanak saudara, rakan dan taulan, kaum keluarga akan datang ke rumah. OMG! Parut kat muka masih tak hilang lagi, banyak merata kat muka ni, tona warna pun tak sekata. Nak cover dengan foundation tebal-tebal ke.?

Okey itu yang saya hadapi setiap kali Hari Raya. Bukan je hari raya sebenarnya, hari hari lain pun 😃.Saya pernah pakai REVLON PhotoReady Foundation tu. Memula memang nampak elok tapi bila makin lama pakai foundation tu buat muka saya breakout. Eeee Breakout teruk. Macam cyctic acne. Mungkin sebab foundation ni full coverage dan tebal sangat tak sesuai untuk kegunaan harian ataupun mungkin bahan dia tak mesra untuk orang kulit berminyak dan berjerawat ni. Jadi kena tukar  foundation cari yang lain. Setiap kali gi KL mesti singgah Sephora cari foundation apa yang berkualiti. Banyak dah yang saya cuba,bertukar ganti tapi tak sesuai untuk kegunaan harian.