Assalammualaikum dan hai hai hai...
Bertemu kembali dalam segmen sebelum dan selepas. hahahaha 😅. Kali ni saya nak review Garden of EDEN Rosa E Pigmentation Serum, pengalaman adik saya sendiri. Okay mula cerita.
Adik perempuan saya (this is another adik) ni dah lama mengalami masalah jerawat. Dan sekarang masalah yang terbesar yang dihadapi oleh adik saya ialah parut jerawat. Masalah jerawat tu hampir tiada. Parut jerawat ni lama gak dia try nak hilangkan. Macam-macam dah guna tapi tak berkesan.
Dipendekkan cerita, bila dia try Garden of Eden Serum ni,muka dia jadi elok. Walaupun serum dia ni jenis berminyak tapi produk ni sangat sesuai dengan adik saya walaupun dia ada kulit muka yang berminyak. Pernah tak dengar, walaupun kulit muka berminyak, kena pakai pelembab juga. Sebenarnya bila kita pakai pelembab dia akan mengawal lagi kawalan sebum di muka kita dan akan membaiki lagi tekstur kulit kita tetapi dengan penggunaan yang betul dan amaun yang betul. Jangan guna banyak juga! Pernah tengok Youtuber Cassandra Bankson? Saya tengok rutin muka dia juga banyak menggunakan produk berminyak seperti Jojoba oil,Coconut oil dan Tea Tree oil. Tapi semestinya kita perlu tengok dahulu reaksi kulit kita. Kalau saya, saya tak sesuai guna barangan berunsurkan tea tree, kulit saya akan jadi lebih gatal dan berjerawat.
Produk ni dah lama juga adik saya guna lebih kurang 3-5 bulan. Disamping guna serum tu adik saya juga menggunakan Pencuci Muka Safi Balqis OxyWhite,Toner Safi Balqis OxyWhite dan ubat jerawat Etude House Pink Powder (kalau tumbuh jerawat,dia cakap jerawat cepat kering pakai ni) dannnn Gel lidah buaya asli yang ditanam sendiri. Lidah buaya tu dia buat macam masker. Gel lidah buaya tu di sapu dan dibiarkan selama 10 minit sahaja pastu basuh. Lidah buaya ni dapat mematikan jerawat yang banyak tumbuh di muka adik saya tu.
Lihat sini untuk tengok gambar Etude House pink powder tu,
Garden Of Eden ROSA E Pigmentation Serum Lightens Pigmentation & Wrinkles With Rose Hip Seed Oil, Natural Vitamin E & Grape Seed Oil |
Fungsi utama serum ni adalah untuk menghilangkan pigmentasi dan mengurangkan kedutan tetapi dia gunakan untuk hilangkan parut kehitaman di wajah. Dia pernah cuba RosaT Acne Serum dan Primrose E Radiant tapi tak sesuai jadi dia try serum ni pula dan berjaya.
Sebelum dan Selepas Nampak tak selepas tu dah berjaya sangat, glowing gitu yang sebelum wajah kelihatan kusam. Real people with real testimoni hahaha |
Boleh la cuba.
p/s: Lepas dah baca post ni, baca post sebelum dan selepas yang lain pula 😄
6 ulasan:
Assalamualaikum, nk tnya serum ni boleh tak untuk remaja walaupun takde masalah jeragat? Just nk pakai untuk cerahkan kulit....
Hi,actually this serum ada various type of it, ada yg utk jeragat, wrinkle,acne and also scar. So nnti kalau nak beli tgk yg mana sesuai utk muka u 😊
Hye just nk tnya, kalau dh guna serum ni boleh pakai foundation mcm biasa ke?
saya prgi farmasi pon doc tu suggest yang ni
Nk tanye kenapa saya pakai serum rosa e..jeragat saya makin banyak dan muka jadi gelap..normal ke..
Catat Ulasan